Semalam hari wilayah... people cuti, but kami tetap kerja...
Sabtu Ahad orang rehat, kdg2 kami kena keje gak...
Malam orang tdo... kdg2 kami xtdo, buat keje utk mengejar duedate...
Kalau kami xbuat kerja, siapa lagi nk buat...
Itulah 'Infancy Company' - The owner and the business are one and the same thing.
Teori ni aku baca dari buku The E-Myth Revisited, penulis Michael E. Gerber, and so far aku setuju dgn apa dia tulis dlm tu. So aku saje nk share ngan korang. Kata beliau, ada 3 fasa pembangunan perniagaan yg mesti dilalui sblm berjaya (aku rasa utk syarikat yg bermula dgn Entrepreneurship je kot): Infancy, Adolescence, dan Maturity.
Macam yg aku tulis kt atas, bisnes dan pemiliknya ialah satu dan benda yg sama, itulah syarikat Infancy company. Bila kita buat job atau service dgn baik, clients akan ingat nama kita, clients akan ingat nama syarikat kita. Mereka percaya kualiti kerja kita. Clients akan makin ramai dan makin ramai, hasil pengiklanan mulut ke mulut. Pemilik syarikat akan gembira sbb ada job, and job makin byk... client equal to money!
Tapi bila job makin banyak, dari hari2 biasa bekerja sepuluh jam sehari, dh kena kerja 12 jam sehari. dari 12 jam kena kerja 14 jam sehari... 14 jam ke 16 jam dan waktu tu, kerja makin tak terbuat, dan kualiti kerja semakin berkurangan... waktu tu, client akan mula bising, masalah akan melanda... client is no more equal to money, client equal to problems!
Ini lah yg aku sedang risau kan sekarang... situasi ML sekarang, job semakin byk. Di ML sekarang, client is still equal to money. But aku jangkakan xlama bfore ML menghadapi masalah 'clients equal to problems', dan aku tgh fikirkan cara utk mengatasinya. Dalam otak aku sekarang hanya ada satu solution, iaitu melompat kan syarikat ke fasa Adolescence secepat mungkin, walaupun tetap berisiko.
Fasa Adolescence bermula apabila pemilik syarikat membuat keputusan utk mendapatkan bantuan dari sudut teknikal, iaitu dengan mengambil pekerja pertama mereka. Risiko melompat ke peringkat ini ialah sekiranya selepas mengambil pekerja, jobs dan clients semakin berkurang instead semakin bertambah and company xde duit nk bayar gaji mereka
Tak dinafikan, di peringkat Adolescence pun akan ada masalah yg lebih besar akan dihadapi, yg mana kesan dan risikonya lebih tinggi pada syarikat. Antaranya:
- Syarikat mengecil dan menjadi Infancy again... and possible to be Infancy forever
- Syarikat Bankrupt trus...
- Syarikat berada di fasa Adolescence selamanya..
Tapi aku xnak cerita detail pasal Adolescence sbb ML pun belum sampai ke tahap itu lagi. Kalau nk tau, either korang leh dptkan buku ni dr kedai buku berhampiran atau korang boleh tunggu ML smpai di tahap itu... dan itu adalah PASTI!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan