Khamis, 13 Mac 2008

Politik dan Ekonomi Malaysia

Perniagaan, politik dan ekonomi memang sukar untuk dipisahkan kerana ketiga-tiganya memainkan peranan yg penting antara satu sama lain. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi sedikit pendapat dalam topik ini.

Pilihan raya umum 12 baru sahaja selesai dan keputusannya mengejutkan ramai pihak. Sepanjang tempoh merdeka, inilah kali pertama parti perikatan/barisan nasional gagal mendapat 2/3 kerusi di parlimen. Malahan, lebih mengejutkan BN juga kecundang di 5 negeri.

Politik dan ekonomi mempunyai hubungkaitnya dan secara tidak langsung mempengaruhi 'permainan dalam perniagaan'. Ekonomi negara jatuh melebihi 10% dalam masa satu hari sebaik sahaja keputusan PRU diketahui. Situasi ini berlaku disebabkan ketidaktentuan masa depan negara sama dibidang politik mahupun ekonomi.

Perubahan dalam kabinet yang begitu ketara juga dijangkakan akan memperlihatkan tiada pembangunan berlaku dalam tempoh sekurang-kurangnya 3-4 tahun akan datang akibat kesukaran membuat keputusan dalam parlimen.

Di pihak ML, kami pernah menjangkakan masalah ekonomi mungkin berlaku pada tahun ini tetapi bukan atas faktor politik. Seperti yg syam sebutkan di dalam post sebelum ini, buat masa sekarang kami terpaksa menjaga kapital kami, mengurangkan liabiliti dan perbelanjaan. Ini kerana berdasarkan rekod sblm ini, kami lebih menumpukan kepada projek2 dr agensi government.

Walaubagaimanapun kami perlu lihat dulu bagaimana keadaan politik semasa, barisan2 kabinet dan cara politik baru dimainkan. Mungkin lebih banyak peluang kami perolehi dan mungkin juga kurang peluang diberikan kepada kami. Diharapkan keadaan politik kembali stabil dan seimbang walaupun perubahan drastik berlaku, dan tiada 'permainan kotor'.

Ini bukan sahaja penting kepada masa depan kami sebagai sebuah syarikat yg masih muda tetapi lebih penting kpd perniagaan2 besar dalam dan luar negara serta pelaburan asing. Di sinilah politik perlu memainkan peranan...

Tiada ulasan: