Salam pembuka bicara,
Hampir sekian lama ku tidak update blog maya lestari. Kini ML boleh dikategorikan menyinar di tahun yang diwar-war akan kegawatan ekonomi melanda diseluruh benua. Negara Malaysia terkena tempias akan keadaan ekonomi yang tidak menentu melanda kuasa besar Amerika. Impak dari kesan kegawatan ekonomi global hampir-hampir membuatkan kami down.. oowwh tidak, ML berusaha dengan lebih gigih dalam mengharungi suasana kelam-kabut ekonomi global.
Berkat kesabaran ML menempa gelombang Tahun 2009, saat dan minit dikira amat berharga bagi ML. Hasil dorongan@bantuan dari pakar consultant(Rujuk isu bantuan Consultant) menjadi panduan bagi ML. Penyusunan segala maklumat berkaitan projek-projek(rujuk isu list projet ML) memberi nafas baru di tahun baru 09 @ tahun lembu yang mana boleh diklasifikan sebagai tahun bekerja keras untuk mencari nafkah bagi ML.
Sekian TQ.
Memaparkan catatan dengan label maya lestari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label maya lestari. Papar semua catatan
Sabtu, 14 Februari 2009
Rabu, 2 Januari 2008
Maya Lestari vs eCraft

Tiga perkara eCraft dapat lakukan, dan tidak Maya Lestari
- Hubungan akrab dengan MARA dan MDEC
- Memiliki capital, hardware dan keperluan asas perniagaan.
- Hubungan dengan client sedia ada
Tiga perkara Maya Lestari dapat lakukan, dan tidak eCraft
- Partnership dengan company IT lain yang sudah stabil (VT dan CS) - peluang mendapat projek dengan lebih tinggi.
- Tempat/Lokasi perniagaan (hasil kerjasama dengan VT dan CS)
- Prototype sistem yang sedia ada (hasil kerjasama VT)
Oleh yang demikian, kami perlu meletakan garis perbezaan antara eCraft dan Maya Lestari supaya setiap antara syarikat ini tidak menjadi pesaing kepada sesama sendiri kerana ianya hanya merugikan kedua-dua pihak. Sebaik-baiknya kedua-dua syarikat ini perlu membantu antara satu sama lain supaya kedua-duanya naik.
Setelah berbincang secara mendalam dengan Syam, kami mendapat keputusan dan bersetuju untuk memberikan fokus dan pengkhususan kerja. Ini bererti, misi dan visi kedua-dua syarikat harus diteliti semula. Keputusannya?
eCraft akan melakukan kesemua tugasan dan perkhidmatan yang melibatkan 'online' sepenuhnya. Ini termasuklah pembangunan sistem e-Commerce, e-Marketing, pendaftaran/pengurusan domain & hosting, payment gateway setup dan pembangunan website, tetapi tidak termasuk pembangunan sistem yang melibatkan penggunaan internal sesebuah organisasi (LAN application).
Maya Lestari pula akan menyediakan perkhidmatan yang tidak melibatkan 'online' atau separa 'online'. Antara perkhidmatannya ialah IT Consultation, pembangunan standalone, LAN & mobile application dan software/hardware provider.
Dengan adanya garis perbezaan begini, kini eCraft dan Maya Lestari akan saling melengkapi. Kami juga pasti dengan adanya hubungan yang sihat ini juga pastinya perkhidmatan kedua-dua syarikat bertambah baik sekaligus memastikan hasil kerja dan produk yang lebih berkualiti.
Rabu, 12 Disember 2007
Melestarikan sebuah cita-cita (Part II)
Kami berkenalan dengan En SD (bkn nama sebenar), semasa beliau menjadi part-time lecturer di UPM. En SD juga memiliki syarikat sendiri dalam bidang IT. Kami mula rapat dengan beliau semasa kami membuat keputusan untuk membuat latihan industri dengan syarikatnya, VT.
Dengan komitment yg ditunjukkan, En SD berhasrat untuk menjadikan kami anak didiknya dalam bidang perniagaan. Kami sungguh bertuah, tetapi En SD mensyaratkan untuk mempunyai 2 orang sahaja dalam syarikat kami sekaligus mencetuskan isu anggota eCraft seramai 4 orang.
Akhirnya aku dan Syam bersepakat untuk menubuhkan sebuah syarikat baru, Maya Lestari. Berbeza dengan eCraft, aku terlibat secara langsung dengan proses pendaftaran sebuah syarikat di Malaysia, melalui SSM.
Dengan komitment yg ditunjukkan, En SD berhasrat untuk menjadikan kami anak didiknya dalam bidang perniagaan. Kami sungguh bertuah, tetapi En SD mensyaratkan untuk mempunyai 2 orang sahaja dalam syarikat kami sekaligus mencetuskan isu anggota eCraft seramai 4 orang.
Akhirnya aku dan Syam bersepakat untuk menubuhkan sebuah syarikat baru, Maya Lestari. Berbeza dengan eCraft, aku terlibat secara langsung dengan proses pendaftaran sebuah syarikat di Malaysia, melalui SSM.
Label:
blog,
history,
Malaysia,
maya lestari,
sejarah,
ssm,
suruhanjaya syarikat malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)