Memaparkan catatan dengan label ecraft. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ecraft. Papar semua catatan

Rabu, 2 Januari 2008

Maya Lestari vs eCraft


Maya Lestari dibangunkan untuk melengkapi eCraft, disamping mengambil peluang yang tidak mampu diambil eCraft. Secara logiknya, seperti tidak logik dan tiada keperluan sbb aku dgn Syam juga adalah anggota eCraft.

Tiga perkara eCraft dapat lakukan, dan tidak Maya Lestari
  1. Hubungan akrab dengan MARA dan MDEC
  2. Memiliki capital, hardware dan keperluan asas perniagaan.
  3. Hubungan dengan client sedia ada
Tiga perkara Maya Lestari dapat lakukan, dan tidak eCraft
  1. Partnership dengan company IT lain yang sudah stabil (VT dan CS) - peluang mendapat projek dengan lebih tinggi.
  2. Tempat/Lokasi perniagaan (hasil kerjasama dengan VT dan CS)
  3. Prototype sistem yang sedia ada (hasil kerjasama VT)
Oleh yang demikian, kami perlu meletakan garis perbezaan antara eCraft dan Maya Lestari supaya setiap antara syarikat ini tidak menjadi pesaing kepada sesama sendiri kerana ianya hanya merugikan kedua-dua pihak. Sebaik-baiknya kedua-dua syarikat ini perlu membantu antara satu sama lain supaya kedua-duanya naik.

Setelah berbincang secara mendalam dengan Syam, kami mendapat keputusan dan bersetuju untuk memberikan fokus dan pengkhususan kerja. Ini bererti, misi dan visi kedua-dua syarikat harus diteliti semula. Keputusannya?

eCraft akan melakukan kesemua tugasan dan perkhidmatan yang melibatkan 'online' sepenuhnya. Ini termasuklah pembangunan sistem e-Commerce, e-Marketing, pendaftaran/pengurusan domain & hosting, payment gateway setup dan pembangunan website, tetapi tidak termasuk pembangunan sistem yang melibatkan penggunaan internal sesebuah organisasi (LAN application).

Maya Lestari pula akan menyediakan perkhidmatan yang tidak melibatkan 'online' atau separa 'online'. Antara perkhidmatannya ialah IT Consultation, pembangunan standalone, LAN & mobile application dan software/hardware provider.

Dengan adanya garis perbezaan begini, kini eCraft dan Maya Lestari akan saling melengkapi. Kami juga pasti dengan adanya hubungan yang sihat ini juga pastinya perkhidmatan kedua-dua syarikat bertambah baik sekaligus memastikan hasil kerja dan produk yang lebih berkualiti.

Rabu, 12 Disember 2007

Melestarikan sebuah cita-cita (Part I)

Dari kecil, aku memang bercita-cita untuk memiliki sebuah syarikat sendiri. Namun kecelaruan minda yang aku alami hampir pasti menjadikan cita-citaku hanya sekadar angan-angan. imaginasi seorang budak.

Aku kenal Syam semasa di UPM, mengambil kursus Bac. Sains Komputer pengkhususan Kejuruteraan Perisian. Tidak aku sangka, Syam mengajak aku join company dia pada suatu hari, eCraft Innovative Technology. Syam memegang jawatan CEO di company tu. Aku sangat berbesar hati kerana aku berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan. Sememangnya aku jahil dalam bidang ni. Jadi aku sudah bersedia untuk susah senang.

Sudah hampir dua tahun aku bersama eCraft. eCraft terdiri dari 4 orang anggota termasuk aku. Kami tahu kami masih 'blur' lagi dibidang ini. Banyak kesilapan dan kebodohan yang kami lakukan, tapi yang lebih penting ialah untuk tidak mengulanginya. Lebih-lebih lagi bila buat bisnes masa studi, terlalu banyak benda untuk dikejar.

Masalah komunikasi dalaman sering menjadi isu, terutama sekali disebabkan kami berdua sedang belajar di UPM. Situasi tersebut menjadikan eCraft rapuh, kerana masalah komunikasi dalaman pun gagal kami selesaikan.