Memaparkan catatan dengan label syarikat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label syarikat. Papar semua catatan

Khamis, 13 Disember 2007

Keputusan dalam Organisasi


Untuk mereka yang tidak mengenali kami, sekarang Maya Lestari sedang join venture (JV) ngan VT/En SD and CS/En HS utk develop sistem Yayasan TEKUN Nasional. Wpun pada dasarnya sekarang ni relation kami lbh kpd menolong @ bekerja dgn mereka, tapi kami target utk jadi same level ngan mereka. So tindakan kami sekarang lebih kepada 'opening move', sbb banyak yg kami xde dari yg kami ada.

Semalam En SD propose aku utk contribute pd projek eAsing Jabatan Imigresen Malaysia. Tapi dia kata nk bayar aku per hour based, and dia tanya nk deal company ngan company or company ngan perseorangan shj. Aku tau dia lbh ske klu deal perseorangan dg aku, sbb xbyk dia keluar dan dipihak aku sendiri plak byk aku dpt.

Tapi aku lagi prefer klu duit tu masuk company. sbb company akan ada income, wpun aku xdpt byk tp aku boleh bg life kt company sendiri. meaning utk jangka masa panjang. Hisyam plak En SD nak hantar ke DBKL utk buat projek Mobile bulan Januari dpn ni. Tapi, situasi ni akan buatkan aku ngan Syam susah utk berkomunikasi. Aku di Putrajaya dan Syam di KL.

pada pendapat aku, mmg la duit akan masuk dlm company. tapi in other view, aku rasa mslh sama spt yg dialami di eCraft akan berulang kembali, iaitu masalah komunikasi. Kami xkan ada byk masa utk berbincang dan berbual mengenai plan, perancangan and masa dpn company. So buat masa ni aku xbuat kata putus lagi kt En SD, sbb dia pegi meeting.

Hopefully we will make the right decision...

Rabu, 12 Disember 2007

Melestarikan sebuah cita-cita (Part III)

Aku sedar kepayahan dan kesusahan yang perlu dilalui dalam membangunkan legasi sebuah syarikat. Oleh yang demikian aku telah bersepakat untuk mewujudkan satu blog, bertujuan untuk menceritakan susah senang pengalaman kami supaya orang lain yang mempunyai cita-cita seperti kami tidak akan terjerat dengan perangkap yang sama seperti kami.

Kami juga berharap dengan wujudnya blog ini, orang lain juga dapat membantu kami dan mengajar kami selok-belok dunia perniagaan memandangkan kami masih lagi muda. Apa yang pasti, kami tidak boleh berputus asa dan sentiasa mengambil peluang yang ada dalam memastikan kami berjaya melestarikan sebuah cita-cita.


Farid Iqbal Ibrahim
- dalam melestarikan sebuah cita-cita

Melestarikan sebuah cita-cita (Part I)

Dari kecil, aku memang bercita-cita untuk memiliki sebuah syarikat sendiri. Namun kecelaruan minda yang aku alami hampir pasti menjadikan cita-citaku hanya sekadar angan-angan. imaginasi seorang budak.

Aku kenal Syam semasa di UPM, mengambil kursus Bac. Sains Komputer pengkhususan Kejuruteraan Perisian. Tidak aku sangka, Syam mengajak aku join company dia pada suatu hari, eCraft Innovative Technology. Syam memegang jawatan CEO di company tu. Aku sangat berbesar hati kerana aku berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan. Sememangnya aku jahil dalam bidang ni. Jadi aku sudah bersedia untuk susah senang.

Sudah hampir dua tahun aku bersama eCraft. eCraft terdiri dari 4 orang anggota termasuk aku. Kami tahu kami masih 'blur' lagi dibidang ini. Banyak kesilapan dan kebodohan yang kami lakukan, tapi yang lebih penting ialah untuk tidak mengulanginya. Lebih-lebih lagi bila buat bisnes masa studi, terlalu banyak benda untuk dikejar.

Masalah komunikasi dalaman sering menjadi isu, terutama sekali disebabkan kami berdua sedang belajar di UPM. Situasi tersebut menjadikan eCraft rapuh, kerana masalah komunikasi dalaman pun gagal kami selesaikan.