Rabu, 12 Disember 2007

Melestarikan sebuah cita-cita (Part III)

Aku sedar kepayahan dan kesusahan yang perlu dilalui dalam membangunkan legasi sebuah syarikat. Oleh yang demikian aku telah bersepakat untuk mewujudkan satu blog, bertujuan untuk menceritakan susah senang pengalaman kami supaya orang lain yang mempunyai cita-cita seperti kami tidak akan terjerat dengan perangkap yang sama seperti kami.

Kami juga berharap dengan wujudnya blog ini, orang lain juga dapat membantu kami dan mengajar kami selok-belok dunia perniagaan memandangkan kami masih lagi muda. Apa yang pasti, kami tidak boleh berputus asa dan sentiasa mengambil peluang yang ada dalam memastikan kami berjaya melestarikan sebuah cita-cita.


Farid Iqbal Ibrahim
- dalam melestarikan sebuah cita-cita

Tiada ulasan: