Rabu, 12 Disember 2007

Melestarikan sebuah cita-cita (Part II)

Kami berkenalan dengan En SD (bkn nama sebenar), semasa beliau menjadi part-time lecturer di UPM. En SD juga memiliki syarikat sendiri dalam bidang IT. Kami mula rapat dengan beliau semasa kami membuat keputusan untuk membuat latihan industri dengan syarikatnya, VT.

Dengan komitment yg ditunjukkan, En SD berhasrat untuk menjadikan kami anak didiknya dalam bidang perniagaan. Kami sungguh bertuah, tetapi En SD mensyaratkan untuk mempunyai 2 orang sahaja dalam syarikat kami sekaligus mencetuskan isu anggota eCraft seramai 4 orang.

Akhirnya aku dan Syam bersepakat untuk menubuhkan sebuah syarikat baru, Maya Lestari. Berbeza dengan eCraft, aku terlibat secara langsung dengan proses pendaftaran sebuah syarikat di Malaysia, melalui SSM.

Tiada ulasan: