Dari kecil, aku memang bercita-cita untuk memiliki sebuah syarikat sendiri. Namun kecelaruan minda yang aku alami hampir pasti menjadikan cita-citaku hanya sekadar angan-angan. imaginasi seorang budak.
Aku kenal Syam semasa di UPM, mengambil kursus Bac. Sains Komputer pengkhususan Kejuruteraan Perisian. Tidak aku sangka, Syam mengajak aku join company dia pada suatu hari, eCraft Innovative Technology. Syam memegang jawatan CEO di company tu. Aku sangat berbesar hati kerana aku berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan. Sememangnya aku jahil dalam bidang ni. Jadi aku sudah bersedia untuk susah senang.
Sudah hampir dua tahun aku bersama eCraft. eCraft terdiri dari 4 orang anggota termasuk aku. Kami tahu kami masih 'blur' lagi dibidang ini. Banyak kesilapan dan kebodohan yang kami lakukan, tapi yang lebih penting ialah untuk tidak mengulanginya. Lebih-lebih lagi bila buat bisnes masa studi, terlalu banyak benda untuk dikejar.
Masalah komunikasi dalaman sering menjadi isu, terutama sekali disebabkan kami berdua sedang belajar di UPM. Situasi tersebut menjadikan eCraft rapuh, kerana masalah komunikasi dalaman pun gagal kami selesaikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
1st time aku bawa diri melayari laman blog n.. walaupn aku pernah dengar ttg blog tp aku xtau ape tu blog.. time kasih farid@blankqo membuka mata aku ttg keberkesanan blog..
Peace
Catat Ulasan