Rabu, 9 Januari 2008

Entrepreneur, Manager, Technician

Kalau orang tanya pandangan aku tentang diri aku dan kedudukan aku dlm bisnes, aku akui aku lebih kepada 'technical' part (Technician people). Berdasarkan pembacaan aku, dlm bisnes ni ada 3 pihak yg perlu saling bekerjasama dan bekerja iaitu Entrepreneur, Manager, dan Technician. Bagi org2 macam aku, biasanya minda kami terbahagi: 70% technician, 20% manager, dan 10% entrepreneur. Entrepreneur live in future, Technician live in present, and Manager live in the past. Setiap org akan ada pembahagian minda yg menentukan bagaimana mereka berfikir, dan di pihak mana dia berada.

Bagi aku, mengubah percentage minda aku dari technician semata-mata ke entrepreneur dan manager bukanlah satu perkara yg mudah. Aku kena sentiasa beringat dan cuba mengurangkan+menjauhi tugasan technician sbb aku mahu meluangkan masa untuk berfikir sbg Entrepreneur. Penyelesaiannya: aku perlu memberikan tugasan technician kpd org lain yg akan bekerja di bahagian technical bagi memberikan aku lebih masa utk memikirkan strategi dan perancangan syarikat.

Bila kita bukak bisnes, technician, manager dan entrepreneur perlu saling bekerjasama. Kalau seseorang tu bukak bisnes bersendirian, dia sbnrnya melakukan kerja untuk ketiga-tiga pihak ni serentak. Ada masa dia perlu menjadi Entrepreneur utk fikirkan plan, strategi dan masa dpn syarikat. Ada masa perlu menjadi Manager untuk memastikan semua idea dan tugasan yg diberikan Entrepreneur berjalan dan mengikut plan. Dan ada masa dia perlu menjadi technician utk memastikan semua kerja2 dan tugasan-tugasan disiapkan.

Salah satu sbb org2 'technician yg tersedar (macam aku)' selalu gagal dalam perniagaan adalah kerana mereka terlalu melakukan bhgian technical dan tidak memberikan masa utk melakukan tugasan merancang dan menguruskan syarikat. Bagi pemikiran kami, kalau kerja2 technical ni tidak dilakukan atau tidak disiapkan maka tiadalah bisnes. Sebaliknya, bisnes bukanlah semudah itu. Ia memerlukan tugasan ketiga2 pihak dilakukan utk berjaya. Sebab itu dalam organisasi yg berjaya, setiap pekerja di dalamnya akan mempunyai pengkhususan kerja. Ini adalah bagi memastikan tugasan2 entrepreneur*, manager dan technician dilakukan dengan baik bagi memastikan organisasi 'bergerak'.

aku bukanlah pandai sangat utk bagi motivasi atau saranan. apa yg aku bgtau ni adalah berdasarkan pembacaan dan kebenarannya? Wallahualam, aku sendiri masih melaluinya, aku sendiri akan jadi tikus putih untuk situasi ini, dan aku akan bgtau jawapannya nanti, Insyaallah...

*bila organisasi dh besar, biasanya istilah Entrepreneur tidak lagi digunakan sbb Entrepreneur hanya wujud bila mahu membuka perniagaan dan ianya akan lenyap secara perlahan2

Tiada ulasan: