Aku sendiri bkn jenis yg reti nak 'menjual diri' or bisnes. tapi sbb hubungan baik dengan kawan2 semasa di universiti dan kepercayaan mereka dengan kualiti kerja kami, banyak memberi peluang perniagaan kpd maya lestari. mungkin tidak lah sebanyak mana yang boleh mereka tolong, tetapi sangat kami hargai lebih2 lagi usia syarikat kami yang masih muda kini. tetapi tidak mustahil, apabila mereka sudah terlibat dengan dunia kerjaya dan berjawatan besar kelak, banyak lagi kerjasama dan peluang yang boleh mereka beri dan kami perolehi.
Semalam, kami berjumpa dengan kawan kami satu universiti dahulu, DN dan AY. Mereka memberi peluang untuk melaksanakan projek dengan seorang pensyarah di UPM yang memiliki perniagaannya sendiri. mungkin kini projeknya tidak lah sebesar mana, tetapi dengan hasil kualiti kerja yang baik kami percaya hubungan perniagaan sebegini boleh membantu kami kelak.
Status terkini:
Kini, kami sedang membina prototype sistem mobile untuk fasa kedua projek DBKL dan TEKUN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan