I'll try to give updates every week, at least once a week, on how our business going on. Just to keep updates with u all guys, share my views and record ML paths:
Rabu, 30 Januari 2008
Weekly Updates
I'll try to give updates every week, at least once a week, on how our business going on. Just to keep updates with u all guys, share my views and record ML paths:
Isnin, 28 Januari 2008
Charging services
- kitaorang compile page2 yg banyak tu, smpai jadik cm 4 page jer. cara ni xbaik utk bisnes. mmg la negotiation tu bagus, tp bila korang baik dan pemurah yg teramat, diaorang akan amik kesempatan ke atas kita
- harga kami target rm400. bila kita propose harga tu, dia cut price and cut and cut and cut again... smpai jadik rm150 jer. wat the heck??? first, kitaorang mmg xde pengalaman nego harga. kedua, company cina mmg terror bab2 nk potong2 harga ni... diaorang mmg cukup terror nk putar smpai kita tergamam n xleh buat pe. suggestion: next time klu korang target rm400, letak harga lebih cam rm600-800 ke...
- harga yg kami letak tu harga student... mmg banyak jmlahnya kalau ko jadi student. tp klu ko dlm industri, ko mmg bod*h klu still letak harga tu. korang kena make sure harga at least on industry based price. and kalau rasa kualiti kerja korang bagus, letak lagi tinggi!
dlm keadaan tertekan dgn price yg diorang letak dan permainan logika mereka, ttiba alhamdulillah... kami dpt idea cmna nk memutarkan balik keadaan. finally, kami dpt charge company tu ngan nilai RM550.
From dat very day, we learn something about pricing. Sbb tu xhairan klu korang gi kedai chinese kt luar sana, mereka masih boleh turunkan harga jauh dari harga standard sbb wpun dh dimurahkan, still dlm range target keuntungan mereka.
satu lagi perkara psl pricing & charging ialah: bila customer tanya berapa cost, patutkah kita bgtau trus dengan penuh yakin, atau kita perlu berdolak dalih dulu, balik fikir masak2, calculate cost, kmudian br bgtau mereka. which one korang rasa better? (dlm situasi xde cara calculation charging yg sbnr)
*again, apa yg aku cite ni based on pengalaman aku dlm bisnes IT. aku xpasti kalau ilmu2 ni betul or boleh digunakan utk bisnes yg lain. Just a knowledge sharing :)
Jumaat, 25 Januari 2008
Realiti vs Fantasi 2
Disini bermula la explorasi akan realiti ML dalam pembangunan Mobile device technology untuk 2nd phase Mobile T**UN. ML merancang dengan teliti boleh dikatakan teliti la jugak coz ktorg abik pandangan MR.Mentor @ EN.S nama singkatan yg diberi oleh aku.. mls nk taip nti panjang sgt name mentor ktorg n.. klu dh terkenal En.S confirm nk mintak royalti coz ktorg gne name dier.. hee. ML merancang yg mne dalam mse seminggu ktorg dpt menyiapkn POC Mobile T**UN. So mula2 skali seingat aku partner ku yg sorg ni suruh mai umah die (kt mne tu xle lah mention coz nti korg semua serbu rumah dier mati aku) .. :-) Aku pn pe lg trus ngan jawapan SET / Setuju coz n akan bermula la perjuangan ML..
Mse ari pertama wat development, aku tewas coz dh lwt mlm sgt wat kje.. Pagi masuk opis kt T**UN, mlm aku tdo umah blankqo + wat kje.. mane larat beb tp nk wat cmne bab kate orang (susah2 sekarang, senang2 kemudian) so ktorg pn bukan pe tdo lewat bg wat development mobile (tdo2 lewat sekarang, masuk keje pn lewat la lps tu) .. :-)
konon ktorg nk sampai opis awl pg tp yg pasti ktorg smpai awl tgh hari.. hee.. ok pe atleast sampai.. hee..
2 yg seronok run biz sendiri yg mne mase akan ditentukan oleh kte sendiri.. tp jgn over sgt asik mai lewat jea.. nti bising EN.S . masuk lewat xsemestinya balik pn lewat tp depend kt ktorg jgk.. biasenye ktorg n cover line baik pye.. hee..
Mula2 skali blankqo de bg satu url yg mne bgus utk aku start wat mobile based on guide yg de dlm url tersebut.. aku pn explore step by step, tp yg pasti mmg leceh | payah sgt beb.. tp dr yg payah n la yg membuatkn ktorg getting more strongger than now (jgn pkir yg bukan2 udah).. strongger bukan part len beb, part development mobile .net environment lg.. hee.. from merangkak kpd bleh la bertatih (mcm baby). yg tu perumpamaan jea.. tp yg pasti blankqo berjaya menjumpai penyelesaian kepada masalah yg ktorg alami mula2 la. byk lagi cabaran yg akan ktorg akan alami.. sabar tu membawa berkat yg mne ktorg dpt cr jalan penyelesaian pertama.. disebabkn berjaya dpt 1st penyelesaian n la membuatkn ktorg hampir complete development Mobile D**L E**SEN.. mesti korg ter tanye2 asal Mobile D**L E**SEN bukan ke Mobile T**UN.. coz yg n adalah 2nd POC Mobile proj future ML.. seperti yg aku dh mention before yg mne ktorg n become mobile servis provider.. so ktorg kne keep focus akan mobile development technology platform. (focus = EN.S asik mention focus jea sme ktorg) myb tu salah satu galakan dr en.s . so mulai kini ktorg dh mula focus nk kawen.. eh silap.. salah taip.. heee.. :-) focus nk run biz 1st..
--------------
bersambung
--------------
Selasa, 22 Januari 2008
Realiti vs Fantasi
Seharian mencari idea utk menulis di halaman blog ini. aku hampir putus asa akan sikap ku yg sedemikian rupenye.. aku hampir pasti setiap yg kami lakukan akan memperolehi imbuhan dan ganjaran yg setimpal. Perjalanan Maya Lestari telah bermula dengan kegigihan kami berdua yg senantiasa tidak mengenal erti letih & penat lelah dalam menempuh urusan Maya Lestari.. Our Destiny is start from the starting we register Maya Lestari but... we lost our focus when we are need to finish our final project.. it's take about two month yg mne kami tidak terima ape2 bayaran coz after finish presentation final year project we continue with taken a course in UPM(1 month MCAD & CCNA). Each of us are really try our best on what we doing until now.
Bermula tahun baru 2008, hope will memberi tuah kepada Maya Lestari dlm menempuh cabaran iaitu realiti & fantasi untuk mengejar impian kami yg pasti. Kami mula mengorak langkah akan menentukan masa depan Maya Lestari dengan mula merangka sebaik mungkin perancangan ML. Perancangan hala tuju kami yg mula memberi focus kepada pembangunan aplikasi mobile device platform. Kami telah diberi satu tugasan yg melibatkan Mobile device platform oleh VT**. Kami hanya diberi satu tempoh masa yang suntuk dalam membuat POC untuk client kami iaitu T**UN. Amatlah menggerunkan kami selang beberapa ketika kami telah diberitahu akan proses POC ini telah dipercepatkan yg mne kami masih lagi dlm proses mendalami ilmu Mobile development. kami hanye mempunyai tempoh selang seminggu untuk menyiapkan POC Mobile berkenaan. Kami mula berkerja lebih masa & berkumpulan (mcm besar jea ML n padahal 2 org jea :-) )..
Realitinya yg ingin aku beritahu disini akan lambatnya ML dlm mengexplorasikan teknologi mobile in our country Malaysia. Bg aku tidak pernah terlewat bg kami untuk menjayakan misi ML dalam menguasai kepakaran dalam teknologi mobile yg serba baru di dalam negara. Ini kerana teknologi mobile merupakan satu teknology yg serba baru bg kebanyakan company ICT di Malaysia. Our hope to become the most successful ICT servis provide for mobile technology. Umum mengetahui akan advancednya technology mobile di luar negara especially di JEPUN mahupun di eropah. Akan tetapi untuk ML mencari informasi berkaitan technology mobile bukanlah satu benda yg mudah untuk memperolehinya. Ml bertungkus lumus mengexplorasikan pencarian di laman yg serba canggih dengan teknology MR.Yah** & MR.G**gle sediakan. :-) TQ also kepada MR.MS*N
--------------
Bersambung
--------------
Isnin, 21 Januari 2008
eXausted
sometimes, aku rasa exausted sgt, cam lately....
Rabu, 16 Januari 2008
Lots Idea, Lack Resources
aku xpernah keje kt company besar... waktu aku blaja dulu pun aku keje ngan company kecik2 jer. so honestly, aku xde idea cmna proses2 atau cara company besar bekerja. skang ni ML ada idea ngan projek2 yg menarik. Pada aku utk menjadikan idea atau projek tu satu kenyataan dan berjaya, sememangnya sesuatu yg diimpikan.
company br cm ML, kalau ada byk idea utk direalisasikan dlm waktu yg sama pasti sesuatu yg sukar. bila situasi ni berlaku, menjadikan aku terfikir bagaimana company2 besar punya cara organize projek2 dan idea2 yg pelbagai. of course diaorang ada human resource yg byk utk realisasikannya, tp bagaimana mereka organize?
setakat harini aku xde terbaca lagi mana2 artikel atau buku menerangkan bagaimana proper way utk organize projek ni. so aku buat la formula aku, antaranya seperti yg berikut:
- aku nk setiap projek/idea yg ada dlm ML utk dibangunkan atau diexplore diberikan projek kod dan nama project manager
- aku nk setiap proses research atau development tersebut didocumentkan dlm format yg tertentu supaya senang utk dikaji sekiranya ada individu br diserap dalam organisasi utk bhgian development.
cara atas ni aku fikir 'mb are proper ways' sbb most of things are documented. cthnya klu nk dptkan ISO, kita kena dokumentkan proses. klu buat franchising pun, perlukan documentation. so kalau korang tau cara yg betul, pekata korang kongsi ngan kami :)
Berikut adalah antara current projek/idea ML:
M2008001 - TEKUN Mobile
M2008002 - DBKL Mobile
E2008001 - Ke*ai *un*it
G2008001 - Ha*i/U*ra*
- aku terpaksa * few words sbb some of the idea are too precious kpd kami to be share buat masa ni. maklum la org zaman sekarang cpt je bab2 curi idea org :P
- M, E, G, adalah kod utk jenis project. Cthnya: M adalah utk Mobile
Selasa, 15 Januari 2008
corporate manual
kali ni aku nk story psl corporate manual. corporate manual ni ialah documentation mengenai corporate image sesebuah syarikat. ini termasuklah warna korporat, konsep organisasi dan sebagainya; more on design side. sbnrnya aku pun xbrape sure ape content yg ada dlm corporate manual. tapi yg pasti, tujuannya ialah utk 'Corporate Branding'.
Almost all big company ada brand/culture mereka tersendiri, termasuk colour dan konsep. kalau kita tgk kuning merah dgn huruf 'M' besar, kita dh boleh agak itu McDonald. so tujuan branding ni ialah supaya bila cust tgk sahaja corporate value, mereka dh tau company mana.
Di Maya Lestari, kitaorang blum lagi ada corporate branding mahupun culture. dari segi benefit, mmg banyak. tapi kami xsmpat lagi meluangkan masa utk fokus terhadap branding ML. Insyaallah dalam masa terdekat ini akan kami bincangkan. So far yg ada pun logo. Business card pun xde lagi (yang ni jgn diikut :P) However, petang td kami dh bersetuju utk dressing code ML. To make our company different, kami akan wear dark colour jeans and kemeja at almost event including when meeting with the clients.
most of situation, entrepreneur xkan amik berat psl branding ni. but actually it is a good way of marketing gak. it is also a good way utk mewujudkan business celebrity (insyaallah, ada masa nanti aku cite skit berdasarkan apa yg aku faham) cm Donald Trump. Tapi utk menjadi sebuah company yg besar, branding adalah satu isu yg penting. So you better start from the beginning to ensure ur company has a healthy culture and good perception from the customer :)
Khamis, 10 Januari 2008
Kecemerlangan menunjukkan hasil [part 2]
dalam kesibukan dengan urusan projek bagi pihak ML sendiri, tapi aku tidak pernah untuk melupakan akan operasi serta kedudukan semasa eCraft IT. Perkembangan semasa eCraft dalam dunia perniagaan senantiasa dinantikan oleh partners kami yang lain. Disebabkan partners eCraft masih lg dalam urusan study mereka, ML akan cuba untuk mengelakkan dari menyusahkan partner semasa study mereka. Knowledge is important in biz area for eCraft future. Perbincangan antara members eCraft telah dibincangkan serba ringkas dalam meeting yg telah dijalankan pada hari ini (10 Jan 08 - 8.15pm) bertempat di mamak stall pandan jaya, near one of eCraft members house..
intro jea tu, so aku kena la continue again our ML progress in Mobile Device project development.. This is our ML first project need to be deliver in 1 month based on what ML & VT agree.. ML hopes that ML akan berjaya deliver projek tersebut.. Projek Mobile ini masih lagi dalam development proses yang pasti hasil nya akan diperolehi kemudian kelak. ML sememangnya mula menunjukkan kecermelangan dalam mencuba sesuatu persekitaran technology yg baru walaupun sebenarnya technology mobile telah lama berada di pasaran dunia but not in our country. So ML hope to be best ever service provider in Mobile Platform Technology in Malaysia. ML see that the future of Mobile Platform Technology are rapidly grow in Malaysia. Opportunity are there for us.
-----------
come back soon with more story about ML
-----------
Kecemerlangan menunjukkan hasil
Tanpa disangka ML telah diberi satu tugasan yg mne aku melihat setelah sekian lama bersama (lama sgt ke kita ngan VT farid, bunyi mcm lame jea... heee) VT telah memberi satu tugasan dlm pembangunan Mobile Device Application for their client TEKUN NASIONAL, tp seingat aku la farid kalu tak silap CS yg approach VT boleh buat x Mobile Device Application 2nd Phase TEKUN coz CSC pernah tgk yg ktorg develop Final Year Projek UPM under Mobile Device platform. So VT dengan confidence terus kata Yes, & then terus offer to us utk develop Mobile Device Application Tekun. Aku & Farid setuju ngan tawaran yg ditawarkan oleh VT tp atas alasan tertentu ML tidak dapat memulakan development projek berikut secepat yg mungkin. Ini kerana that time aku de course Microsoft Certified Application Developer MCAD (aku tgh tgu cert dr Microsoft.. :-) , pass d exam) & Farid pluk take course Cisco Certified Network Associate CCNA selama 1 month start mse bulan Nov 07 yg lalu.
Selesai jea course, kami tanpa berlengah trus memulakan kembali projek yg terpaksa ditangguhkan atas faktor study... hee.. ML berbincang dengan VT semula dan akhirnya ML diberi masa selama 1 month untuk siapkan development projek tersebut.. Kami bermula pada awal tahun baru n tahun 2008 ... lupe nk wish semua Happy New Year 08 dan Salam Ma'al Hijrah 1429, wish all best of luck... :-) .
-------------
bersambung
-------------
Healthy Week for Business
Member aku kata, "bukak company tu senang, tp nk cerita kan ape kita buat tu xsemua orang leh bgtau". Sbbnya? Kerana hanya company yg ada business je leh boleh ceritakan apa dia buat. So apa yg aku nk katakan tentang minggu ni, "It is an exciting week".
Sejak aku n syam getting serius n focus dgn Maya Lestari few weeks ago, aku rasa ini la minggu yg memberikan kami semangat utk terus berusaha dan membangunkan ML. So what happen this week?
- In terms of capital, no progress yet sbb projek pun br nk mula. so of course ar duit xmasuk lagi.
- In terms of opportunity, byk progress yg berlaku. Kami tgh siapkan prototype utk mobile system bagi TEKUN fasa 2 dan DBKL fasa 2, and it is a very big opportunity. Kami jugak ada meeting dgn seorang Dr di fakulti ekonomi dan pengurusan, UPM utk business opportunity. So far yg kami nmpak, dia boleh bg byk lg peluang bisnes di masa akan dtg. Selain itu, ada juga bisnes kecil-kecilan lain yg boleh kami pertimbangkan untuk memberi kestabilan kpd ML.
- In terms of network, kami mula dpt rasakan ramai org dh start cari ML utk bisnes dan Alhamdulillah itu adalah petanda yg baik walaupun marketing kami masih belum bergerak secara serius. Kebanyakkannya hasil bantuan rakan2.
- In terms of R&D, aku rasa banyak improvement. ML juga dh cover new technology especially on Mobile technology, which xramai company involve and ada technology Mobile
- In terms of planning, byk juga perancangan dibuat dan menantikan perlaksanaan. Next 'big idea' yg special juga sedang difikirkan penyelesaiannya. Kalau berjaya Insyaallah 'Boom' tp mgkin tidak boleh dilakukan dlm masa terdekat atas sbb2 ketiadaan teknologi, tenaga dan juga capital.
- In terms of employment, Insyaallah kami akan amik pekerja. Bukan pekerja tetap, tp project based. Buat masa sekarang, mgkin kami akan ambil kwn2 kami yg baru grad yg masih mencari kerja. Tapi yg penting, kalau ada mana2 project kecil yg start, kami akan trus bertindak utk hire seorang atau dua utk handle projek tersebut supaya tidak mengganggu fokus kami terhadap projek2 besar. Dan sekiranya projek2 besar xcukup tangan, then Insyaallah kami akan hire lagi staff. Itu strategi kami buat masa sekarang
Rabu, 9 Januari 2008
Entrepreneur, Manager, Technician
Bagi aku, mengubah percentage minda aku dari technician semata-mata ke entrepreneur dan manager bukanlah satu perkara yg mudah. Aku kena sentiasa beringat dan cuba mengurangkan+menjauhi tugasan technician sbb aku mahu meluangkan masa untuk berfikir sbg Entrepreneur. Penyelesaiannya: aku perlu memberikan tugasan technician kpd org lain yg akan bekerja di bahagian technical bagi memberikan aku lebih masa utk memikirkan strategi dan perancangan syarikat.
Bila kita bukak bisnes, technician, manager dan entrepreneur perlu saling bekerjasama. Kalau seseorang tu bukak bisnes bersendirian, dia sbnrnya melakukan kerja untuk ketiga-tiga pihak ni serentak. Ada masa dia perlu menjadi Entrepreneur utk fikirkan plan, strategi dan masa dpn syarikat. Ada masa perlu menjadi Manager untuk memastikan semua idea dan tugasan yg diberikan Entrepreneur berjalan dan mengikut plan. Dan ada masa dia perlu menjadi technician utk memastikan semua kerja2 dan tugasan-tugasan disiapkan.
Salah satu sbb org2 'technician yg tersedar (macam aku)' selalu gagal dalam perniagaan adalah kerana mereka terlalu melakukan bhgian technical dan tidak memberikan masa utk melakukan tugasan merancang dan menguruskan syarikat. Bagi pemikiran kami, kalau kerja2 technical ni tidak dilakukan atau tidak disiapkan maka tiadalah bisnes. Sebaliknya, bisnes bukanlah semudah itu. Ia memerlukan tugasan ketiga2 pihak dilakukan utk berjaya. Sebab itu dalam organisasi yg berjaya, setiap pekerja di dalamnya akan mempunyai pengkhususan kerja. Ini adalah bagi memastikan tugasan2 entrepreneur*, manager dan technician dilakukan dengan baik bagi memastikan organisasi 'bergerak'.
aku bukanlah pandai sangat utk bagi motivasi atau saranan. apa yg aku bgtau ni adalah berdasarkan pembacaan dan kebenarannya? Wallahualam, aku sendiri masih melaluinya, aku sendiri akan jadi tikus putih untuk situasi ini, dan aku akan bgtau jawapannya nanti, Insyaallah...
*bila organisasi dh besar, biasanya istilah Entrepreneur tidak lagi digunakan sbb Entrepreneur hanya wujud bila mahu membuka perniagaan dan ianya akan lenyap secara perlahan2
Isnin, 7 Januari 2008
Persahabatan
Amalan bantu membantu menjadi satu teras & sikap yg perlu dipraktikkan yg pasti akan membuahkan hasil di kemudian hari bagi Maya Lestari. Persahabatan yg di pupuk sekian lama sejak berada di bangku persekolahan baik bermula di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi perlulah dikekalkan selamanya. Bak kata pepatah lama , "Kawan biar seribu, musuh @ lawan jangan ada walaupun satu". Sememangnya persahabatan yang telah lama dipupuk ini pasti mengingatkan kita kembali ke masa dahulu yg penuh dengan suka & duka. :-)
Didalam ruangan biz, antara persahabatan yg wujud ialah:-
- Rakan kongsi
- Rakan Sekerja
- Client
- dll banyak lagi smpai xingat.. heee..
Sabtu, 5 Januari 2008
Kepentingan Business Network
Aku sendiri bkn jenis yg reti nak 'menjual diri' or bisnes. tapi sbb hubungan baik dengan kawan2 semasa di universiti dan kepercayaan mereka dengan kualiti kerja kami, banyak memberi peluang perniagaan kpd maya lestari. mungkin tidak lah sebanyak mana yang boleh mereka tolong, tetapi sangat kami hargai lebih2 lagi usia syarikat kami yang masih muda kini. tetapi tidak mustahil, apabila mereka sudah terlibat dengan dunia kerjaya dan berjawatan besar kelak, banyak lagi kerjasama dan peluang yang boleh mereka beri dan kami perolehi.
Semalam, kami berjumpa dengan kawan kami satu universiti dahulu, DN dan AY. Mereka memberi peluang untuk melaksanakan projek dengan seorang pensyarah di UPM yang memiliki perniagaannya sendiri. mungkin kini projeknya tidak lah sebesar mana, tetapi dengan hasil kualiti kerja yang baik kami percaya hubungan perniagaan sebegini boleh membantu kami kelak.
Status terkini:
Kini, kami sedang membina prototype sistem mobile untuk fasa kedua projek DBKL dan TEKUN
Rabu, 2 Januari 2008
Maya Lestari vs eCraft
- Hubungan akrab dengan MARA dan MDEC
- Memiliki capital, hardware dan keperluan asas perniagaan.
- Hubungan dengan client sedia ada
- Partnership dengan company IT lain yang sudah stabil (VT dan CS) - peluang mendapat projek dengan lebih tinggi.
- Tempat/Lokasi perniagaan (hasil kerjasama dengan VT dan CS)
- Prototype sistem yang sedia ada (hasil kerjasama VT)