Jumaat, 28 Disember 2007

Bagaimana 'Real Business'

Bfore cuti raya haji & krismas tempoh hari, aku de jmpa ngan x-lecturer aku. WM nama dia (bkn nama sebenar :P). dia mmg rapat ngan aku dan salah sorang yg membuka minda aku utk berfikiran bisnes. bila bercerita ngan dia, mesti ada input br yg aku belajar, cuma antara ingat ngan xingat je.

Dia more into design. Everything need design!. Dia kata programming (bisnes komputer) ni ramai org leh buat. In fact org xbelajar komputer pun leh tau buat. Berbeza ngan design. Xsemua org bley design, xsemua org ada bakat n xsemua org kreatif. so the field is only for 'real designer'. Hasil kerja setiap individu akan berbeza, dan itu yg membezakan antara kerja kita dan kerja org lain, dan itu lah jugak yg membuatkan org akan buat bisnes ngan kita or ngan org lain.

sama spt aku terfikir xlama dulu, apa yg akan membezakan maya lestari dgn syarikat IT lain. aku masih tiada jawapan yg kukuh. WM kata, klu kita merge together design ngan IT product then itu boleh membezakan produk kita ngan produk org lain. Tp aku pasti xramai 'technical thinker' boleh menerima 'designer thinking'. Aku bersyukur sbb byk gak la minda terbuka ngan design and aku personally agree dgn apa yg dia kata. Cthnya, utk buat MP3 player, banyak syarikat boleh buat; Sony, Microsoft, LG dan sebagainya. Tapi yg menang tetap Apple iPod sbb dia ada design. dan sbb itu lah org pilih iPod. Workable is one thing, but taste is what made the decisions when everything seems equal!

Satu lagi pendirian WM, bila dia letak pricing, dia akan letak 'real price'. dia xkan bg harga murah pd satu2 service, just because u think you'll get another businesses by giving the price lower, spt sesetengah minded entrepreneur kt malaysia. WM kata, he wants people to have the business because of our works, not because the price. If people believe our services or products are brilliant, for sure they will come back to us. Basically, aku agree jugak dgn idea dia yg ni. Sbb cara ni mmg terbukti berkesan, digunakan oleh 'real businessman' kt seluruh dunia. Buat cara satu lagi tu bkn xboleh, tp in long time period aku rasa xsesuai. Cuma berguna utk not very long time period. Pd aku, not 'real business'

Aku ada baca kt buku "The E-Myth Revisited: Why Most Small Businesses Don't Work and What to Do About It" menyatakan to build your business, you need to use franchising prototype, no matter you want to franchise your business later or not. Maksudnya, bila guna franchise prototype, entrepreneur perlu buat guideline utk company dia, and follow. So xkira siapa pun run company dia, customer akan dpt the same quality of works or products. Bila kita dh xnak keje ngan company kita pun, company kita still boleh run and made profit. Again pd aku, this is the real business.

Aku rasa xde jawapan betul atau salah utk 'Bagaimana Real Business'. Cuma jalan yg dipilih tu akan menentukan berapa lama jangka hayat perniagaan anda. Aku ada jalan aku sendiri utk bw Maya Lestari ni, tapi belum tentu lagi partner aku setuju dgn cara aku, hehe. Bagaimanapun, aku nk jalan ni dibina dr awal sbb ianya akan membentuk culture Maya Lestari samada secara sengaja atau tidak sengaja

Rabu, 26 Disember 2007

lestari history --- our 3rd step ---

-------------
sambungan
-------------

penat lelah nk reg company dh trtunai. (letih dowh..huhu..) lame plan akhirnya setel jgk plan ktorg.. alhamdulillah.. selesai sudah.. plan seterusnya kami mula dgn discusi antara kami ber-2 jea.. Persoalan yg bermain di minda ktorg mse 2 dgn ini bermula liku2 kehidupan Maya Lestari yg sememangnye akan berliku.. "susah2 dahulu senang2 kemudian"..

Misi harus diteruskan, perancangan sehabis diteliti dgn rapi.. mudah2an perjalnn Maya Lestari diberkati.. Amin..

Seterusnya, persoalan yg pernah timbul mse discusi antara kami ialah:-

1. Capital (mula2 n mmg kami xde capital lgsg)
- kami plan nk cr projek kecik2 dlu lps 2 leh wat kumpul modal.
2. Location (mne nk stay dh la xde duit tmpt pn xde)
- rezki kami mse 2 hasil perbincangan ngan en.SD kami minta bantuan dr beliau utk benarkan kami stay kat CS tp xla lme sgt just mula2 ni jea.. alhamdulillah dpt tumpang. TQ CS jasa mu dikenang.. :-)
3. Man power (2 org starting)
- dengan kudrat tenaga 2 org iaitu me@syam & farid@blankqo dgn harapan berjaya hendaknye.. we try our best for our future.. :-)
4. Experience
- dh la xde capital experience pn seciput jea.. xpe dgn our sifu mentor en.SD hope ktorg brjaya akhirnye.. Empayar Maya Lestari akan bermula dr cn..
5. Expertise
- each of us hv the advantages & disadvantages. ktorg kne bijak & sentiasa peka ngan alam biz yg sememangye berliku..
6. Time
- ktorg n bleh dikatekan org yg berdedikasi ngan mase..(btul x blankqo).. backup aku dowh.. hee.. kalu kte wat biz mse adlh milik kte sepenuhnye.. hanye kite yg tentukan mcm nk cuti bile, msuk opis biler.. tp yg ptg jgn over sgt beb nti en.SD marah.. hee..
7. spiritual
- berbekalkn semangat yg xpenah putus n xkenal erti jemu akan dibalas ngan pulangan yg lumayan.. hanya masa yg menentukan biler pulangan yg mmg lumayan ni berbalas.. Doa sentiasa dipohon agar dilimpahi ngan rezki yg melimpah ruah.. Amin...

Isnin, 17 Disember 2007

lestari history --- our 2nd step ---

sambungan...

hasil jerih perih ktorg pn mulakn dgn discusi antara ktorg b'2.. aku n farid mula2 pkir ttg nk buh nme company pe yg senang nk sebut tp yg ptg kne name 'ke melayu an'.. pye la discusi lme2 tp ale2 dpt 1st name 'puncak maya' hasil dr ciplak 'VT'(translate jea)..huhu.. ktorg pn pe lagi trus jaja ke sane ke mari ngan nme bru ktorg la.. 'puncak maya'.. abis En. SD n amat trpegun coz pye la byk name tp kotrg plih name 'puncak maya'.. bukan pe susah lor nk pkir ttg nme company lgpn mcm2 name pelik ktorg dpt cth 'maya langsir' la(yg ni member kitaorang, AM yg rekomen.. hee.. AM abis la ko aku dh jaja name ko n.. huhu..) , maya frame, & bla bla bla.. farid aku lupe la nme yg len.. hee.. sori... akhirnye ktorg dh de nme yg sesuai utk company kte.. tp 2 secret la.. huhu..

plan ktorg pluk lps 2 nk register company.. plan pye plan nk reg kat seremban coz murah n cpt.. based on aku pye experience nk reg company kat KL mahal klu gne agen.. dh trkena beb.. huhu.. plan nk g lps 2nd test UPM tp tu sume ckp2 kosong jea.. hee.. so trpakse la drag mase lame skit nk reg company bru ktorg n.. alasan yg simple 'xde mase bz la katekan'.. hee..

akhirnye.. segala macam plan yg cantik ni termakbul jgk... ktorg mse 2 de mission kat PWTC.. mse 2 de perhimpunan agung UMNO ktorg telah dikerahkan oleh en.SD utk g stand-by kat PWTC.. bukan stand by pe kne jg sistem FAS-TEKUN risau klu de error ke.. masuk ari ke-2 kat PWTC aku n farid pe lg ... amik mse skit g merayau kat Yohan Plaza/The Mall seblh pwtc.. mse 2 mmg xde plan pe.. so mse smpai sne pusing2 jap.. terdetik satu perkataan jom g reg company.. pkir ngat nk amik borg jea.. bak kate org 'alang2 dh smpai biar smpai trus reg comp'.. :-)

kali n pye proses reg mmg mudah dr ku jangka.. dh la mudah murah pluk 2.. huhu.. mse nk dpt pn makin singkat.. proses SSM makin lancar.. mmg bagus SSM malaysia.. promote ssm.. hee..

lps isi borg selesai(aku tulis form tp farid yg kne beratur la)..hee.. mse 2 mmg ramai org tp farid rajin skit la.. siap dpt pujian dr akak ssm lg.. bukan men hepy farid mse 2.. syum lebar nmpk.. jgn over sgt farid.. heee.. lebih kurang hmpir 3 hour lps 2 siap kesemua urusan reg company ktorg.. tertubuhnye dgn rasmi company Maya Lestari..(date lupe pluk)..huhu.. lpe nk kongsi ttg pilihan name company.. mse isi form 2 mmg kne bg 3 choice name company.. 1. Puncak Maya, 2. Maya Lestari & 3. D'Maya.. mse 2 harapan menggunung mcm gnung tahan mesti dpt pye puncak maya tp apa kan daya kesemuanya sudah termetrai yg mane pilihan maya lestari yg xsmpai 30second pkir name 2 dptla pluk.. huhu.. hope dgn 30 second 2 nti akan dtg dptla projek yg 30 second grenti lulus pye.. mcm along pluk.. hee..

dh selesai ktorg pn pe lagi trus bergegas ke PWTC.. mse 2 air muka ktorg mmg berubah mcm dpt projek 1 juta jea..hee.. tp rupenye impian nk bukak company tercapai akhirnye.. yabeda..beduu... yahoooo...
---------------
bersambung...
---------------

Jumaat, 14 Disember 2007

Win-win situation!


Mungkin ada yg akan bertanya, kenapa kami nk Joint Venture (JV) dan bagaimana kami nak memastikan relation ni kekal.

3 sebab kenapa kami perlu JV dgn VT:
  1. capital, atau dlm bahasa lainnya duit. company kami masih baru and xde duit. kami pun baru habis belajar, mana ada duit nk inject banyak2 dalam syarikat
  2. link+network, of course kami takde, sbb kawan2 kami semua pun baru habis belajar, so susah nk cari projek. lagipun company ni kecik n baru, susah orang nk pandang or percaya
  3. guide+pengalaman, kami masih muda dlm bidang ni. pengalaman pun xde. so bila ada orang guide n bagi tunjuk ajar, insyaallah kami xmasuk ke lubang yg sama dan memperolehi pengalaman lebih cpt berbanding gerak sendiri2

3 cara bagaimana kami nak mengekalkannya:
  1. teknologi, setakat ni kami ada teknologi utk develop mobile application. satu2nya teknologi yg dia xde. so kami akan try utk keep it as 'trade secret'
  2. hardware, sekarang ni kami allocate kt TEKUN. TEKUN mmg xprovide hardware, and kami ada hardware yg power2 (actually eCraft punya, sbb dulu kami dpt grant dari MARA)
  3. xcukup staff, En SD tak suke amik pekerja ramai, sbb dia xyakin dgn orang lain agaknya. Tapi dia byk projek. So dia perlukan kami utk tlg buat projek dia

So, apa tindakan anda jika anda baru buka syarikat? adakah anda akan buat seperti kami atau bergerak sendiri, seperti yg pernah kami buat di eCraft dulu?

Khamis, 13 Disember 2007

Peluang atau perangkap

Pagi tadi, aku dpt msg dari member aku, AS (bkn nama sebenar). Kitaorang duduk satu floor dulu. Dia tanya kalau Maya Lestari boleh provide software yg harganya RM100K ke atas. Of course, dengan keadaan kami yg masih baru, kami xde income lagi. Tapi aku teringat Syam kata kt aku dulu, ckp je ok sbb klu xleh pun kita boleh dpt bantuan orang lain, and dalam kes ni, bantuan boleh dapat dari VT or CS.

Aku ajukan situasi ni pada En SD. Dia kata, dlm kes ni boleh ambil, kalau LO (list order) tu akan pergi direct kt company kami. Sbb kalau pakai orang tgh, kemungkinan untuk tidak dibayar or ditipu sangat tinggi. Dia kata lagi, kalau misalnya LO tu direct pegi kt company kami, kita boleh pegi bank and buat pinjaman dengan tunjukkan kt bank LO tu.

So, ini pun pengajaran jugak. Jangan terlalu gembira klu dpt tawaran. boleh jadi ianya peluang dan boleh jadi ianya perangkap...make sure kita tau every information and detail

*aku xdpt info penuh lagi psl opportunity ni, so xleh buat keputusan lagi

Keputusan dalam Organisasi


Untuk mereka yang tidak mengenali kami, sekarang Maya Lestari sedang join venture (JV) ngan VT/En SD and CS/En HS utk develop sistem Yayasan TEKUN Nasional. Wpun pada dasarnya sekarang ni relation kami lbh kpd menolong @ bekerja dgn mereka, tapi kami target utk jadi same level ngan mereka. So tindakan kami sekarang lebih kepada 'opening move', sbb banyak yg kami xde dari yg kami ada.

Semalam En SD propose aku utk contribute pd projek eAsing Jabatan Imigresen Malaysia. Tapi dia kata nk bayar aku per hour based, and dia tanya nk deal company ngan company or company ngan perseorangan shj. Aku tau dia lbh ske klu deal perseorangan dg aku, sbb xbyk dia keluar dan dipihak aku sendiri plak byk aku dpt.

Tapi aku lagi prefer klu duit tu masuk company. sbb company akan ada income, wpun aku xdpt byk tp aku boleh bg life kt company sendiri. meaning utk jangka masa panjang. Hisyam plak En SD nak hantar ke DBKL utk buat projek Mobile bulan Januari dpn ni. Tapi, situasi ni akan buatkan aku ngan Syam susah utk berkomunikasi. Aku di Putrajaya dan Syam di KL.

pada pendapat aku, mmg la duit akan masuk dlm company. tapi in other view, aku rasa mslh sama spt yg dialami di eCraft akan berulang kembali, iaitu masalah komunikasi. Kami xkan ada byk masa utk berbincang dan berbual mengenai plan, perancangan and masa dpn company. So buat masa ni aku xbuat kata putus lagi kt En SD, sbb dia pegi meeting.

Hopefully we will make the right decision...

lestari history --- our 1st step ---

Impian menubuhkan sebuah syarikat ICT [entreprise jea dulu.. :-) ] telah dirancang sekian lame dgn mengambil kira pros n cons antara aku n farid @ blankqo. banyk mende ktorg discuss tp ape yg pasti jarang nk keep in our note.. huhu..(that was our mistake) tp itu semua lumrah biz yg mne aku ni kadang-kadang byk men jgk.. tp yg pntg aku ni over + dlm hal2 melibatkn biz or cari sumber rezki.. bak kate org "rezki tu kalu de usaha dapt la kite"..

1st step yg ktorg wat seingat aku before nk open company aku kne pikir ape yg kte leh tawarkn kt audience @ client based on our minat @ expertise.. so kte ttp ngan plan asal yg mne ktorg akan tawarkn perkhidmatan dlm bidang ICT.. bidang yg mmg de potensi yg luas in our country market n oversea market.. for ur information.. kali n ktorg keep in our note laaa.. so far our progress mse tu mmg slow ngan keadaan study lg mse tu(final year project), projek TEKUN(on development), n bla bla bla. byk mende kne pkir mse tu.. tp ktorg still tabah dlm mengharungi liku-liku perjlnan sebuah entreprenuer muda la katekn.. time mude2 ni bgus klu nk cube jd entreprenuer ICT atleast dpt experience yg kte xdpt rse klu kte kje ngan org.. "susah senang itu satu kehidupan" .. ;-)

bersambung...

Rabu, 12 Disember 2007

Melestarikan sebuah cita-cita (Part III)

Aku sedar kepayahan dan kesusahan yang perlu dilalui dalam membangunkan legasi sebuah syarikat. Oleh yang demikian aku telah bersepakat untuk mewujudkan satu blog, bertujuan untuk menceritakan susah senang pengalaman kami supaya orang lain yang mempunyai cita-cita seperti kami tidak akan terjerat dengan perangkap yang sama seperti kami.

Kami juga berharap dengan wujudnya blog ini, orang lain juga dapat membantu kami dan mengajar kami selok-belok dunia perniagaan memandangkan kami masih lagi muda. Apa yang pasti, kami tidak boleh berputus asa dan sentiasa mengambil peluang yang ada dalam memastikan kami berjaya melestarikan sebuah cita-cita.


Farid Iqbal Ibrahim
- dalam melestarikan sebuah cita-cita

Melestarikan sebuah cita-cita (Part II)

Kami berkenalan dengan En SD (bkn nama sebenar), semasa beliau menjadi part-time lecturer di UPM. En SD juga memiliki syarikat sendiri dalam bidang IT. Kami mula rapat dengan beliau semasa kami membuat keputusan untuk membuat latihan industri dengan syarikatnya, VT.

Dengan komitment yg ditunjukkan, En SD berhasrat untuk menjadikan kami anak didiknya dalam bidang perniagaan. Kami sungguh bertuah, tetapi En SD mensyaratkan untuk mempunyai 2 orang sahaja dalam syarikat kami sekaligus mencetuskan isu anggota eCraft seramai 4 orang.

Akhirnya aku dan Syam bersepakat untuk menubuhkan sebuah syarikat baru, Maya Lestari. Berbeza dengan eCraft, aku terlibat secara langsung dengan proses pendaftaran sebuah syarikat di Malaysia, melalui SSM.

Melestarikan sebuah cita-cita (Part I)

Dari kecil, aku memang bercita-cita untuk memiliki sebuah syarikat sendiri. Namun kecelaruan minda yang aku alami hampir pasti menjadikan cita-citaku hanya sekadar angan-angan. imaginasi seorang budak.

Aku kenal Syam semasa di UPM, mengambil kursus Bac. Sains Komputer pengkhususan Kejuruteraan Perisian. Tidak aku sangka, Syam mengajak aku join company dia pada suatu hari, eCraft Innovative Technology. Syam memegang jawatan CEO di company tu. Aku sangat berbesar hati kerana aku berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan. Sememangnya aku jahil dalam bidang ni. Jadi aku sudah bersedia untuk susah senang.

Sudah hampir dua tahun aku bersama eCraft. eCraft terdiri dari 4 orang anggota termasuk aku. Kami tahu kami masih 'blur' lagi dibidang ini. Banyak kesilapan dan kebodohan yang kami lakukan, tapi yang lebih penting ialah untuk tidak mengulanginya. Lebih-lebih lagi bila buat bisnes masa studi, terlalu banyak benda untuk dikejar.

Masalah komunikasi dalaman sering menjadi isu, terutama sekali disebabkan kami berdua sedang belajar di UPM. Situasi tersebut menjadikan eCraft rapuh, kerana masalah komunikasi dalaman pun gagal kami selesaikan.