Ahad, 29 Jun 2008

Our Malaysia Tour

Salam pembuka bicara,
ML memulakan hari like our normal days. we have a task need to be done which we need to go for our malaysia tour give a training to the Tekun Staff over malaysia. our schedule training started:-
1st phase location - KL Tekun Branch. (done)
2nd phase location - Selangor Tekun Branch. (done)
3rd phase location - North centre which we covered Perlis,Kedah & Penang Tekun Branch. (done)
4rd phase location - East centre covered Terengganu & Pahang Tekun Branch. (Done)

experience - a lot of fun happened to us when we conduct the training. we know the FAS & FMS system a little bit. FAS we do not need to worry but sometimes we need to explain 2-3 times coz depa ni not understand bout what we explain. that 1 our mistake yea la mne xnye.. sometimes user try to ask question yg pelik2 that 1 yg payah nk answer. bes ever experience when dealing with macam2 user yg punyai citarasa tersendiri. hee.. at the end of the training we got new experience dealing with many dialect users.. hahaha..

BreakDown Deal

Salam pembuka bicara,
tempo ari farid de bgtau psl 1 deal ML dgn sebuah produksi filem yg akan produce filem xlme lg. filem genre klakar jgk.. ML mewakilkn aku g deal ngan 1 of the sdara terdekat aku ngan produksi ni.. tp aku yg aku nk kongsi dsini bukan pe bler stat deal mse mule2 mmg mnarik.. tp ML bernasib baik bkn pe nsb baik xwat projek yg nmpk gah.. aku rsau slps ni ML kne tipu ukan pe sdara pn sdara jgk tp klu nk kne mst terkena pye la.. hee..
Conclusion ku, lebih better biler wat biz sebaiknye deal dengan owner d biz bukan dengan org bawahan..

Sekian..

Sabtu, 10 Mei 2008

Exciting Deal: Coming Soon!

Assalamualaikum,

Just got few sms from my partner syam. A very exciting news!
rasa tak sabar rasanya nk share dengan anda semua... but since benda ni belum confirm 100%, so we better keep the news to ours first. nanti aku cerita lebih2, pastu xjadi plak :P Hopefully this will return our spirit back!

So klu confirm, aku akan share ngan korang our 'exciting deal' so far ever.

Rabu, 7 Mei 2008

Awas!!! Comfortable Zone


Long time not ever try to see our blog.. it's sound so stupid for me actually.. why this happen suddenly in my life.. why!!!

mse berlalu pantas meninggalkn aku dalam kelekaan yang mne istilah 'comfortable zon' adalah istilah yg lebih tepat dpt diterangkan disini.. istilah ini barangkali kena dgn ramai pekerja yg makan gaji jea sedangkan ML ingin menjadi succesfull entreprenuer..

Definisi 'comfortable zon' bagi pandangan aku meliputi:-
- Terasa senang ngan keadaan sekarang* (sebenarnya bg usahawan muda tak patut berlaku kerana setiap usahawan itu perlu berkerja keras sampai tercapai matlamat mereka)
- ambil mudah dengan masa dan kerja* (sekiranya setiap usahawan itu menggunakan sepenuh masa yang mereka ada dengan cekap dapat membantu meningkat produktiviti serta profit sesebuah perniagaan yg diceburi usahawan tersebut)
- tidak berani mengambil risiko* (sekiranya perlu akan usahawan ini mengambil risiko demi memastikan profit tercapai amatlah digalakkan tetapi perlu membuat kn kajian menyeluruh)
- tiada tindakan selanjutnya* (kebanyakan usahawan kurang memberi penekanan akan hal bertindak kerana sememangnya tiada tindakan selanjutnya akan merugikan bagi pihak usahawan)

akhir sekali pengajaran bagi setiap usahawan:-
jangan mudah terasa senang kerana hendak susah memang senang, hendak senang perlu lah membuat pengorbanan yang besar dalam diri usahawan sendiri..

Jumaat, 21 Mac 2008

tarik diri saat akhir

Good days to all of u...

bunyi title tu mcm nk masuk tender projek je(mcm projek juta-juta/ciput-ciput/projek de la projek ..hee) tp sebenarnye pe yg nk dikongsikan disini adalah ML hampir terjerumus ke lembah bukan kehancuran atau penipuan tp semacam bunyi mcm tu la..hee.. projek membina sebuah laman web baru bg sebuah organisasi yg agak bunyi name company besar jgkla, siap lobi gne nme pemimpin tu la pemimpin ni la. mase dgr tu mmg gempaq giler projek company depa ni(aku terpikir leh la ML wat duit skit klu dpt wat website depa) tp semua tu tinggal kenangan & pengajaran yg berguna bg ML.

so mse tu ML diberi mase siapkn structured web dlu beserta ngan submit quotation. mse tengah wat semua tu en.h (main ofis boss) stop & tegur ktorg, mcm penah tgk je website tu. so ktorg pn xplain pe yg ktorg kne wat kt en.h la.. so pe yg mengejutkan pihak ML ialah be careful pe yg ko nk provide pe biz ngan company tu (kate en.h la). rupenye en.h penah wat biz ngan depa ni..

agak mengejutkan aku jgkla ngan info yg kami terima.. ML terus berbincang kemungkinan yg akan berlaku. atas keputusan bersama ML berpakat nk discuss ngan mbr yg kje kt company Bi****. terkejut jgk mbr ktorg tu ngan khabar berita yg ktorg smpaikan.. kawan tu pn rse rsau jgk klu ML pluk trkena kemudian hari.. akhirnye ML dengan rse dukacite tarik diri saat akhir..

pengajaran yang ingin dikongsi disini, inilah lumrah liku-liku cabaran dlm dunia perniagaan yg de baik & buruk.. hope ngan pe yg ktorg dapat lalui akan memantapkan organisasi ML itu sendiri dlm membuat keputusan yg berjaya or memakan diri sendiri..

Khamis, 13 Mac 2008

Politik dan Ekonomi Malaysia

Perniagaan, politik dan ekonomi memang sukar untuk dipisahkan kerana ketiga-tiganya memainkan peranan yg penting antara satu sama lain. Justeru itu, menjadi tanggungjawab kami untuk berkongsi sedikit pendapat dalam topik ini.

Pilihan raya umum 12 baru sahaja selesai dan keputusannya mengejutkan ramai pihak. Sepanjang tempoh merdeka, inilah kali pertama parti perikatan/barisan nasional gagal mendapat 2/3 kerusi di parlimen. Malahan, lebih mengejutkan BN juga kecundang di 5 negeri.

Politik dan ekonomi mempunyai hubungkaitnya dan secara tidak langsung mempengaruhi 'permainan dalam perniagaan'. Ekonomi negara jatuh melebihi 10% dalam masa satu hari sebaik sahaja keputusan PRU diketahui. Situasi ini berlaku disebabkan ketidaktentuan masa depan negara sama dibidang politik mahupun ekonomi.

Perubahan dalam kabinet yang begitu ketara juga dijangkakan akan memperlihatkan tiada pembangunan berlaku dalam tempoh sekurang-kurangnya 3-4 tahun akan datang akibat kesukaran membuat keputusan dalam parlimen.

Di pihak ML, kami pernah menjangkakan masalah ekonomi mungkin berlaku pada tahun ini tetapi bukan atas faktor politik. Seperti yg syam sebutkan di dalam post sebelum ini, buat masa sekarang kami terpaksa menjaga kapital kami, mengurangkan liabiliti dan perbelanjaan. Ini kerana berdasarkan rekod sblm ini, kami lebih menumpukan kepada projek2 dr agensi government.

Walaubagaimanapun kami perlu lihat dulu bagaimana keadaan politik semasa, barisan2 kabinet dan cara politik baru dimainkan. Mungkin lebih banyak peluang kami perolehi dan mungkin juga kurang peluang diberikan kepada kami. Diharapkan keadaan politik kembali stabil dan seimbang walaupun perubahan drastik berlaku, dan tiada 'permainan kotor'.

Ini bukan sahaja penting kepada masa depan kami sebagai sebuah syarikat yg masih muda tetapi lebih penting kpd perniagaan2 besar dalam dan luar negara serta pelaburan asing. Di sinilah politik perlu memainkan peranan...

berjalan seperti biasa

salam semua,

masa sekarang ni biz ML berjalanan seperti sedia-kala. ML byk melakukan maintenance FAS Tekun Nasional. Mne2 borang permohonan yg depa de problem ML kne la solve kn lgpn depa ni kne rush skit ngan kje depa bukan pe org atasan depa ni asik nk cepat jea.. ML pe lg main kn peranan yg sememangnye ML tahu akan tugas yg telah diamanahkan oleh our bos en.s .. tp certain part ktorg mmg xreti nk solve problem tu bukan pe mmg ktorg ni xreti part yg advance la katekn.. bukan malas beb.. hee..

so far problem Tekun tu xbyk sgt.. so aku kali ni byk menghabiskn mase dgn surfing internet mse ni[wat research such as our market, global market but not supermarket laa.. hee :-) ]..

Our company plan lps ni byk bergantung pd result yg akan diperolehi(xsure lg coz keputusan PRU12 kali ni menghiburkan/mengejutkan..hee) so ML hope that we will get a new project by this coming 3 months.. Plan yg kne dibuat yg pasti jgn plus debt mse skang ni.. lgpn bukan pe ekonomi xsure mcm ne lg.. ML kne survive again & be a good saver right now.. hee.. Moga Tuhan melimpah ruahkan rezeki kepada kami.. AMIN..

Jumaat, 7 Mac 2008

Rich Dad, Poor Dad


Assalamualaikum,

Dah lama aku teringin nak baca buku ni, tp xberpeluang untuk beli. But kemudian baru aku dapat tahu dari abang aku yg ayah aku dh de buku, and dia ada bawa ke KL. Buka je muka surat pertama, tarikh dibeli 27/05/05. Owh, dh lama juga rupanya buku ni dibeli cuma xtahu ada. 

Actually, buku tu not exactly cerita pasal business/entrepreneur. But it is more about investment, and how you manage your cashflow. Dan as an entrepreneur, we should know about it more! and I just want to share it with you.


To buy: Amazon

Isnin, 3 Mac 2008

I Did It My Way

Sorang kawan aku tanya aku...
"Apsal ko xnak keje? Keje la dulu... kumpul duit. Dh de duit nanti baru bukak bisnes"
Then aku reply...
"I have my own way"

Pada aku, it is never too late too start business. Yes, correct...
But it is not easy to learn business. Business is a long journey of learning...
so aku decide utk start from the earliest I can.
Lagipun my mom pernah kata, masa muda ni la nk blajar..
dh tua nnti malu nk belajar, jd la bodoh sombong...

Wpun org mgkin kata umur 24 cm aku ni muda lagi utk belajar bisnes,
tp aku envy ngan bdk yg muda2 lg dh blaja bisnes.. umur belas2 tahun,
yg parents dia ada background bisnes,
yg boleh ajar dia bisnes, yg boleh bg dia peluang utk bisnes.
Aku xde peluang utk sume tu... so aku kena start from the hard way.
Dats why pada aku, aku dh agak terlambat blaja bisnes.

Aku xleh menafikan dan menidakkan kegagalan..
kerana org bisnes yg berjaya mostly mesti pernah gagal at least once...
Luckily my business is about computer software,
which you can start it without modal yg besar.. cuma knowledge psl komputer utk permulaan.

Dulu aku selalu guna word "I did it my way" masa zaman aku sekolah...
wpun aku xla faham sgt lirik dia masa dulu, tp aku tau it is very meaningful... for me at least.

Eventually, I am still proud that I did it my way!

Rabu, 27 Februari 2008

The Secret

Just now I watched a 20 minutes youtube video, very interesting trailer :) I would love to share the video with all of you, so that we can all be a success person one day. Hope you'll enjoy it as I do ;)


Isnin, 25 Februari 2008

new experience adventures

Good days to all of u..

hye..

las wek ML helps en.s setup kiosk kt Pej.Tnh KL. Klu xsilap ari jumaat(21 Feb 08) en.s & farid g dlu nek motor..save budget woo.. hee.. aku menyusul kemudian.. lewat skit aku mai pej.tnh KL ari tu.. hee.. so ari tu pye task ML kne bantu dr segi setup kiosk.. mula-mula tu wat transfer file ke server.. so nti kiosk tu kte direct access jea ke server yg Pej.Tnh bg..that server just temp pye laa.. dorg still ngan PNC yg kadang-kadang tu de la Pros & Cons dlm hal ni..

tup tap tup tap mse berlalu dgn pantas rpenye dh nk solat jumaat.. mse tu ktorg still tgh setup kt kiosk.. lgpn dorg dh bg IP bg server temp & kiosk(kiosk tu dtg 2 buah tp yg pelik dorg bg satu IP jea.. aku pn tye farid pe mslh dorg n xkn nk test pn nk berkire ngan IP yg sememangnye free..huuu.. myb that one prosedur dorg..itu aku xtau).. so mse tu ktorg test network dorg rse problem jea coz ktorg xleh langsung nk PING ke IP server temp dorg tu.. dh la mse suntuk plus prob mcm ni rse bengang pn de mse tu.. tp ari jumaat beb kne bersabar.. sabar satu dari iman.. :-)
network admin depa pluk xde & xjumpe so lg la ktorg xtau pe mslh network n..

so pendek kn citer ktorg g solat jumaat dlu kt masjid Negara.. lps solat bergegas pulang ke lokasi pej.tnh KL. ktorg continue wat setup kiosk sambil dibantu oleh 1 org IT depa.. member tu help ktorg dlm configure network kiosk ni.. setting pye setting still xleh settel prob ni.. letih wooo.. petang b4 ktorg smua nk lik bru muncul network admin depa.. new hope myb.. hee.. so network admin ni pn try config kn prob yg ktorg alami ni.. so ktorg ML & en.s plan yg mne aku stay lme skit coz dorg kne lik ke opis csc nk amik file coz nti opis tutup dh la file smua kt dlm pc opis.. so kne update file lg 4 2moro kt pej.tnh KL...

mse aku tgu network admin settel kn prob ni.. aku pn tye pe msalah yg dorg tgh hadapi ni.. so mbr tu pn bgtau yg ari ni network dorg tgh down..so that why ktorg mmg xleh setel nk configure network bg kiosk n.. selang 15min lps tu network admin tu pn bgtau kat aku yg dia surrender.. xleh nk settel prob. ni.. so hasilnye leh la aku lik awl ptg ni.. awal pn xla awal sgt 5.30 jgk la.. huuu.. so dpt la idea bru.. aku bgtau network admin kte bawak jea trun server temp ni esok.. kte sorok kt tepi bilik kecik ni.. so nti kte gne hub smbg trus ke kiosk xyh nk masuk gne dorg pye network senang citer.. mbr tu pn agree jgk coz no option lgpn KSU depa nk rasmi isnin ni..

keesokan hari nye, aku n farid g pej.tnh again. so mula-mula tu aku setel bwk trun server tu & setup trus kt bwh level G. alhamdulillah selesai semua prob yg smlm ktorg alami.. kali ni keje ktorg mudah laaa.. lega beb.. yahoo.. google.. heee.. ktorg selesai transfer & setting pe yg patut around kul 1.30tgh hari..

Rabu, 20 Februari 2008

Weekly Updates

Assalamualaikum,

First of all, so sorry for not updating this blog for weeks. Second for not giving weekly updates as I promise before... bz working every day, at nite busy with family matter, weekend bz with friends. so past few weeks is very tiring weeks for me. Btw, thanx Syam for covering me up ;)

Pejabat TNH: Project is on, PO (Purchase order) dh dpt, Alhamdulillah.. not a big one, xsmpai pun 100K, but still bersyukur. Almost 80-90% done

company BNS: Last week Syam sakit mata, so xdpt meeting... will be done in this week. Most probably this coming Friday.

New one, company KRF: They want us to provide maintenance services to their hardware. Currently working up with proposal package to them.

TEKUN Mobile: Tggu result dr TEKUN
DBKL Mobile: Still dealing

Isnin, 18 Februari 2008

hardware @ software @ application

hye...

baru-baru ni partner aku dpt contact dr member lame high school(klu univ org pgl high school kn, aku pn dh lupa la).. mbr dier bgtau ttg 1 project ttg hardware + application if i not mistaken laaa.. hee.. so leh dikatekan ML berminat jgk.. tp yg menjadi 1 problem kalu ML ceburi bidang hardware n software ni adalah melibatkan cost yg hampir pasti ML mmg tgh xde duit.. :-) ML tgh keep it slow making the progress.. lpstu mbr partner aku n pn bg contact so ML kne la trus deal ngan org yg incharge this matter..

matter yg len mbr partner aku ni bgtau ttg application (reg sist). that one bg ML ok la.. coz ktorg mula ceburi biz ni dgn develop application.. lgpn dr cn ktorg leh gain more experience ttg ilmu yg telah dipelajari semasa study dlu.. hee.. leh gune pakai jgk mse development project.. so far byk jgk new knowledge yg dpt dipelajari mse run biz muda2 ni.. mende len yg nk bgtau ML dh de paling tidak pn konsep reg sist tu hampir sama ngan yg mbr partner aku mintak tu.. this one lps ML deal ngan hardware dlu..

selang 3 hari lps tu aku pn call org tu.. hasil dr maklumat ku terima sedikit muskil jgkla yea la mne tak dorg suruh aku fix dorg pye printer.. aku mse tu rse mcm kelakar jgk xkn dorg xde budget nk kuar beli jea printer baru yg mahal gler lps tu problem dorg msti solve pye la.. hee.. lgpn aku ni klu g sne mne aku reti nk fix printer.. klu supply bru nti de warranty 1 year dr pembekal ex: canon ke HP ke.. kn sng kje ML lps tu.. lgpn klu ktorg andai kate dpt la fix problem printer dorg aku n mne reti nk letak charge berapa klu this matter la.. xpenah ML deal lg ngan problem mcm ni.. rse dugaan ni beb.. hee.. tp aku bgtau org tu yg ML akan jpe around nxwek myb paling awl monday.. hee.. ari n pn dh monday.. aku pn tgh deal ngan mbr aku yg sorg ni lgpn mbr aku n de experience psl hardware.. gelak aku skang n coz klu aku g sorg2 jea mne aku reti nk fix problem tu.. klu nk discuss psl develop project len la.. reti jgk aku skit2.. heee :-)

Selasa, 5 Februari 2008

our potential prospect client

last week aku berjumpa dgn wakil from BNS atas urusan biz talk.. aku berurusan di opis a.k.a bilik server BNS.. hasil dari penerangan & perbincangan antara aku n (z**r n en.h**mi - depa n org BNS) dptla dirumuskan disini..

Positive site
1. for starting - redesign new website BNS *
- submit quote **
* yg n rumit skit coz dorg pye content yg sedia ada dlm website lme mmg overload, so kne more creativity on how we produce new design & structured bru n.
* hasil dr perbincangan aku , farid & z**r las friday nite ML akan provide new framework bg pihak BNS.. so dr segi pricing ktorg still finding the best solution..

2. long term network - pe yg dpt dirumuskn oleh aku disini ML akan lebih ramai client if we can grab this project if our coming proposal was agree by them. of course BNS adalah big company so the reputation yg ML akan perolehi since this oppurtunity will make us being known outside , i hope so..

Sabtu, 2 Februari 2008

Infancy Company




Semalam hari wilayah... people cuti, but kami tetap kerja...
Sabtu Ahad orang rehat, kdg2 kami kena keje gak...
Malam orang tdo... kdg2 kami xtdo, buat keje utk mengejar duedate...
Kalau kami xbuat kerja, siapa lagi nk buat...
Itulah 'Infancy Company' - The owner and the business are one and the same thing.

Teori ni aku baca dari buku The E-Myth Revisited, penulis Michael E. Gerber, and so far aku setuju dgn apa dia tulis dlm tu. So aku saje nk share ngan korang. Kata beliau, ada 3 fasa pembangunan perniagaan yg mesti dilalui sblm berjaya (aku rasa utk syarikat yg bermula dgn Entrepreneurship je kot): Infancy, Adolescence, dan Maturity.

Macam yg aku tulis kt atas, bisnes dan pemiliknya ialah satu dan benda yg sama, itulah syarikat Infancy company. Bila kita buat job atau service dgn baik, clients akan ingat nama kita, clients akan ingat nama syarikat kita. Mereka percaya kualiti kerja kita. Clients akan makin ramai dan makin ramai, hasil pengiklanan mulut ke mulut. Pemilik syarikat akan gembira sbb ada job, and job makin byk... client equal to money!

Tapi bila job makin banyak, dari hari2 biasa bekerja sepuluh jam sehari, dh kena kerja 12 jam sehari. dari 12 jam kena kerja 14 jam sehari... 14 jam ke 16 jam dan waktu tu, kerja makin tak terbuat, dan kualiti kerja semakin berkurangan... waktu tu, client akan mula bising, masalah akan melanda... client is no more equal to money, client equal to problems!

Ini lah yg aku sedang risau kan sekarang... situasi ML sekarang, job semakin byk. Di ML sekarang, client is still equal to money. But aku jangkakan xlama bfore ML menghadapi masalah 'clients equal to problems', dan aku tgh fikirkan cara utk mengatasinya. Dalam otak aku sekarang hanya ada satu solution, iaitu melompat kan syarikat ke fasa Adolescence secepat mungkin, walaupun tetap berisiko.

Fasa Adolescence bermula apabila pemilik syarikat membuat keputusan utk mendapatkan bantuan dari sudut teknikal, iaitu dengan mengambil pekerja pertama mereka. Risiko melompat ke peringkat ini ialah sekiranya selepas mengambil pekerja, jobs dan clients semakin berkurang instead semakin bertambah and company xde duit nk bayar gaji mereka

Tak dinafikan, di peringkat Adolescence pun akan ada masalah yg lebih besar akan dihadapi, yg mana kesan dan risikonya lebih tinggi  pada syarikat. Antaranya:
  1. Syarikat mengecil dan menjadi Infancy again... and possible to be Infancy forever
  2. Syarikat Bankrupt trus...
  3. Syarikat berada di fasa Adolescence selamanya..
Tapi aku xnak cerita detail pasal Adolescence sbb ML pun belum sampai ke tahap itu lagi. Kalau nk tau, either korang leh dptkan buku ni dr kedai buku berhampiran atau korang boleh tunggu ML smpai di tahap itu... dan itu adalah PASTI!

Rabu, 30 Januari 2008

Weekly Updates


I'll try to give updates every week, at least once a week, on how our business going on. Just to keep updates with u all guys, share my views and record ML paths:

Petang tadi, sorang member En SD dari sebuah government agency named Pejabat TNH telefon. She wants to give 3 projects to En SD (I assume we will join too :P) which total cost will approximately around RM 120K. It's sure like a good news, but I dun want to have faith in those projects as long as no agreement sign. Sbb ada cerita psl agensi ni dulu, few month before me and syam registering ML. The same agency promise to give a project, cost around RM120K (a project, not 3 projects!). We all are very happy to hear that. Then suddenly, we knew that the project was given to one big IT company in Malaysia named HTPDU. We feel a bit angry and sad. It was not a big project, but why the big company want to makan small company like us. Damn!

Malam td plak, aku dpt msg. Sorang member aku recommend my name utk satu project from company BNS. It is just a small project. In other word, just a short term project. I target it will be around 3-4month project if the project proceed. Tp apa yg buat aku risau ialah "TIME". Kalau project mobile 'on', then ada kemungkinan the project will clash on timeline, and we have no employee to work on many projects at a time. In fact we have no money to hire people yet!

Tomorrow morning, aku akan follow En SD utk POC (Prove of Concept) projek M2008001. Actually aku dh lewat utk tdo ni, so tomorrow I'll see how it goes. Are we going up, or are we gonna go down...

That's only weekly updates utk mggu ni!

Isnin, 28 Januari 2008

Charging services

almost a week aku xonline... so lama gak aku fikir nk tulis apa kt sini, sbb dh lupe cmna nk tulis blog :P

last week, aku, syam n adli (from ecraft) meet one of our most earliest customer (eCraft's customer), Miss YN from CYG company. agak lama gak xcontact dia n xdengar berita, but suddenly dia kol aku last week, another small bisnes. tp bkn tu yg aku nk ceritakan...

aku nk share antara pengalaman awal aku dpt dgn company ni. Masa kitaorang first jmpa dulu, almost 2years ago xsilap, we were at their office. Diaorang nk update website diaorang. only few pages perlu diupdate, tp sbb sikit tu la yg buat kami xreti nk charge harga.

kami fikir punya fikir, kami pun nk charge lbh kurang 200 utk update page tu (RM50 utk setiap page update, tp sbb kbanyakan page2 tu update skit-skit bhgian jer, so kitaorang compile je sume. jd le rm200) and rm200 utk flash. Total RM400. nilai tu kira byk la jugak bg kami masa tu, sbb kami xde bground client lagi and kami pun still student.

Few mistakes here:
  1. kitaorang compile page2 yg banyak tu, smpai jadik cm 4 page jer. cara ni xbaik utk bisnes. mmg la negotiation tu bagus, tp bila korang baik dan pemurah yg teramat, diaorang akan amik kesempatan ke atas kita
  2. harga kami target rm400. bila kita propose harga tu, dia cut price and cut and cut and cut again... smpai jadik rm150 jer. wat the heck??? first, kitaorang mmg xde pengalaman nego harga. kedua, company cina mmg terror bab2 nk potong2 harga ni... diaorang mmg cukup terror nk putar smpai kita tergamam n xleh buat pe. suggestion: next time klu korang target rm400, letak harga lebih cam rm600-800 ke...
  3. harga yg kami letak tu harga student... mmg banyak jmlahnya kalau ko jadi student. tp klu ko dlm industri, ko mmg bod*h klu still letak harga tu. korang kena make sure harga at least on industry based price. and kalau rasa kualiti kerja korang bagus, letak lagi tinggi!

dlm keadaan tertekan dgn price yg diorang letak dan permainan logika mereka, ttiba alhamdulillah... kami dpt idea cmna nk memutarkan balik keadaan. finally, kami dpt charge company tu ngan nilai RM550.

From dat very day, we learn something about pricing. Sbb tu xhairan klu korang gi kedai chinese kt luar sana, mereka masih boleh turunkan harga jauh dari harga standard sbb wpun dh dimurahkan, still dlm range target keuntungan mereka.

satu lagi perkara psl pricing & charging ialah: bila customer tanya berapa cost, patutkah kita bgtau trus dengan penuh yakin, atau kita perlu berdolak dalih dulu, balik fikir masak2, calculate cost, kmudian br bgtau mereka. which one korang rasa better? (dlm situasi xde cara calculation charging yg sbnr)

*again, apa yg aku cite ni based on pengalaman aku dlm bisnes IT. aku xpasti kalau ilmu2 ni betul or boleh digunakan utk bisnes yg lain. Just a knowledge sharing :)

Jumaat, 25 Januari 2008

Realiti vs Fantasi 2

aloha... kembali lg bersama spe, spe lg kalu bukan uhm.. xle la nk bgtau coz nti bocor la rahsia beb.. hee..

Disini bermula la explorasi akan realiti ML dalam pembangunan Mobile device technology untuk 2nd phase Mobile T**UN. ML merancang dengan teliti boleh dikatakan teliti la jugak coz ktorg abik pandangan MR.Mentor @ EN.S nama singkatan yg diberi oleh aku.. mls nk taip nti panjang sgt name mentor ktorg n.. klu dh terkenal En.S confirm nk mintak royalti coz ktorg gne name dier.. hee. ML merancang yg mne dalam mse seminggu ktorg dpt menyiapkn POC Mobile T**UN. So mula2 skali seingat aku partner ku yg sorg ni suruh mai umah die (kt mne tu xle lah mention coz nti korg semua serbu rumah dier mati aku) .. :-) Aku pn pe lg trus ngan jawapan SET / Setuju coz n akan bermula la perjuangan ML..

Mse ari pertama wat development, aku tewas coz dh lwt mlm sgt wat kje.. Pagi masuk opis kt T**UN, mlm aku tdo umah blankqo + wat kje.. mane larat beb tp nk wat cmne bab kate orang (susah2 sekarang, senang2 kemudian) so ktorg pn bukan pe tdo lewat bg wat development mobile (tdo2 lewat sekarang, masuk keje pn lewat la lps tu) .. :-)
konon ktorg nk sampai opis awl pg tp yg pasti ktorg smpai awl tgh hari.. hee.. ok pe atleast sampai.. hee..

2 yg seronok run biz sendiri yg mne mase akan ditentukan oleh kte sendiri.. tp jgn over sgt asik mai lewat jea.. nti bising EN.S . masuk lewat xsemestinya balik pn lewat tp depend kt ktorg jgk.. biasenye ktorg n cover line baik pye.. hee..

Mula2 skali blankqo de bg satu url yg mne bgus utk aku start wat mobile based on guide yg de dlm url tersebut.. aku pn explore step by step, tp yg pasti mmg leceh | payah sgt beb.. tp dr yg payah n la yg membuatkn ktorg getting more strongger than now (jgn pkir yg bukan2 udah).. strongger bukan part len beb, part development mobile .net environment lg.. hee.. from merangkak kpd bleh la bertatih (mcm baby). yg tu perumpamaan jea.. tp yg pasti blankqo berjaya menjumpai penyelesaian kepada masalah yg ktorg alami mula2 la. byk lagi cabaran yg akan ktorg akan alami.. sabar tu membawa berkat yg mne ktorg dpt cr jalan penyelesaian pertama.. disebabkn berjaya dpt 1st penyelesaian n la membuatkn ktorg hampir complete development Mobile D**L E**SEN.. mesti korg ter tanye2 asal Mobile D**L E**SEN bukan ke Mobile T**UN.. coz yg n adalah 2nd POC Mobile proj future ML.. seperti yg aku dh mention before yg mne ktorg n become mobile servis provider.. so ktorg kne keep focus akan mobile development technology platform. (focus = EN.S asik mention focus jea sme ktorg) myb tu salah satu galakan dr en.s . so mulai kini ktorg dh mula focus nk kawen.. eh silap.. salah taip.. heee.. :-) focus nk run biz 1st..

--------------
bersambung
--------------

Selasa, 22 Januari 2008

Realiti vs Fantasi

Hye..Berjumpa kembali..

Seharian mencari idea utk menulis di halaman blog ini. aku hampir putus asa akan sikap ku yg sedemikian rupenye.. aku hampir pasti setiap yg kami lakukan akan memperolehi imbuhan dan ganjaran yg setimpal. Perjalanan Maya Lestari telah bermula dengan kegigihan kami berdua yg senantiasa tidak mengenal erti letih & penat lelah dalam menempuh urusan Maya Lestari.. Our Destiny is start from the starting we register Maya Lestari but... we lost our focus when we are need to finish our final project.. it's take about two month yg mne kami tidak terima ape2 bayaran coz after finish presentation final year project we continue with taken a course in UPM(1 month MCAD & CCNA). Each of us are really try our best on what we doing until now.

Bermula tahun baru 2008, hope will memberi tuah kepada Maya Lestari dlm menempuh cabaran iaitu realiti & fantasi untuk mengejar impian kami yg pasti. Kami mula mengorak langkah akan menentukan masa depan Maya Lestari dengan mula merangka sebaik mungkin perancangan ML. Perancangan hala tuju kami yg mula memberi focus kepada pembangunan aplikasi mobile device platform. Kami telah diberi satu tugasan yg melibatkan Mobile device platform oleh VT**. Kami hanya diberi satu tempoh masa yang suntuk dalam membuat POC untuk client kami iaitu T**UN. Amatlah menggerunkan kami selang beberapa ketika kami telah diberitahu akan proses POC ini telah dipercepatkan yg mne kami masih lagi dlm proses mendalami ilmu Mobile development. kami hanye mempunyai tempoh selang seminggu untuk menyiapkan POC Mobile berkenaan. Kami mula berkerja lebih masa & berkumpulan (mcm besar jea ML n padahal 2 org jea :-) )..

Realitinya yg ingin aku beritahu disini akan lambatnya ML dlm mengexplorasikan teknologi mobile in our country Malaysia. Bg aku tidak pernah terlewat bg kami untuk menjayakan misi ML dalam menguasai kepakaran dalam teknologi mobile yg serba baru di dalam negara. Ini kerana teknologi mobile merupakan satu teknology yg serba baru bg kebanyakan company ICT di Malaysia. Our hope to become the most successful ICT servis provide for mobile technology. Umum mengetahui akan advancednya technology mobile di luar negara especially di JEPUN mahupun di eropah. Akan tetapi untuk ML mencari informasi berkaitan technology mobile bukanlah satu benda yg mudah untuk memperolehinya. Ml bertungkus lumus mengexplorasikan pencarian di laman yg serba canggih dengan teknology MR.Yah** & MR.G**gle sediakan. :-) TQ also kepada MR.MS*N

--------------
Bersambung
--------------

Isnin, 21 Januari 2008

eXausted


sometimes, aku rasa exausted sgt, cam lately....
exausted, bkn cam kepenatan org yg bekerja 8-5, 5 kali seminggu...
exausted, sbb terlalu byk benda yg perlu dilakukan dalam satu-satu masa...
terlalu byk yg perlu difikirkan setiap masa...
syam kata, "It will be worth..."
aku kata, "I hope so..."

minggu ni mmg memeningkan kepala aku...
semua benda xboleh diplan awal...
semua decision perlu in time...
yet, semua perkara perlu dilakukan...

kalau aku kategori kan, cuma ada 2 jenis kerja je..
company matter + personal matter...
but it is too much...

I dunno if our steps on building this company is on the right path...
some people said, you should do this and you should do that...
hakikatnya, mereka sendiri xtau dan xpernah rasa...
thats only what they thought...
and most of the time in business, the thought just doesn't work...

I wrote this post, not to 'down' myself..
or not to 'down' any people in business, who face the same felt that i feel right now.
I just wanna tell myself when I am at the final curtain,
"It is all worth it... and the pain just so beautiful..."

*Somebody who had succeed ever told me... "People so dreaming to success like me, but yet they dun want to feel the same pain like I did..."

Rabu, 16 Januari 2008

Lots Idea, Lack Resources


aku xpernah keje kt company besar... waktu aku blaja dulu pun aku keje ngan company kecik2 jer. so honestly, aku xde idea cmna proses2 atau cara company besar bekerja. skang ni ML ada idea ngan projek2 yg menarik. Pada aku utk menjadikan idea atau projek tu satu kenyataan dan berjaya, sememangnya sesuatu yg diimpikan.

company br cm ML, kalau ada byk idea utk direalisasikan dlm waktu yg sama pasti sesuatu yg sukar. bila situasi ni berlaku, menjadikan aku terfikir bagaimana company2 besar punya cara organize projek2 dan idea2 yg pelbagai. of course diaorang ada human resource yg byk utk realisasikannya, tp bagaimana mereka organize?

setakat harini aku xde terbaca lagi mana2 artikel atau buku menerangkan bagaimana proper way utk organize projek ni. so aku buat la formula aku, antaranya seperti yg berikut:
  • aku nk setiap projek/idea yg ada dlm ML utk dibangunkan atau diexplore diberikan projek kod dan nama project manager
  • aku nk setiap proses research atau development tersebut didocumentkan dlm format yg tertentu supaya senang utk dikaji sekiranya ada individu br diserap dalam organisasi utk bhgian development.

cara atas ni aku fikir 'mb are proper ways' sbb most of things are documented. cthnya klu nk dptkan ISO, kita kena dokumentkan proses. klu buat franchising pun, perlukan documentation. so kalau korang tau cara yg betul, pekata korang kongsi ngan kami :)


Berikut adalah antara current projek/idea ML:
M2008001 - TEKUN Mobile
M2008002 - DBKL Mobile
E2008001 - Ke*ai *un*it
G2008001 - Ha*i/U*ra*

- aku terpaksa * few words sbb some of the idea are too precious kpd kami to be share buat masa ni. maklum la org zaman sekarang cpt je bab2 curi idea org :P
- M, E, G, adalah kod utk jenis project. Cthnya: M adalah utk Mobile

Selasa, 15 Januari 2008

corporate manual

actually ada few story nk cerita.. but biar la some tu saudara syam yg story...

kali ni aku nk story psl corporate manual. corporate manual ni ialah documentation mengenai corporate image sesebuah syarikat. ini termasuklah warna korporat, konsep organisasi dan sebagainya; more on design side. sbnrnya aku pun xbrape sure ape content yg ada dlm corporate manual. tapi yg pasti, tujuannya ialah utk 'Corporate Branding'.

Almost all big company ada brand/culture mereka tersendiri, termasuk colour dan konsep. kalau kita tgk kuning merah dgn huruf 'M' besar, kita dh boleh agak itu McDonald. so tujuan branding ni ialah supaya bila cust tgk sahaja corporate value, mereka dh tau company mana.

Di Maya Lestari, kitaorang blum lagi ada corporate branding mahupun culture. dari segi benefit, mmg banyak. tapi kami xsmpat lagi meluangkan masa utk fokus terhadap branding ML. Insyaallah dalam masa terdekat ini akan kami bincangkan. So far yg ada pun logo. Business card pun xde lagi (yang ni jgn diikut :P) However, petang td kami dh bersetuju utk dressing code ML. To make our company different, kami akan wear dark colour jeans and kemeja at almost event including when meeting with the clients.

most of situation, entrepreneur xkan amik berat psl branding ni. but actually it is a good way of marketing gak. it is also a good way utk mewujudkan business celebrity (insyaallah, ada masa nanti aku cite skit berdasarkan apa yg aku faham) cm Donald Trump. Tapi utk menjadi sebuah company yg besar, branding adalah satu isu yg penting. So you better start from the beginning to ensure ur company has a healthy culture and good perception from the customer :)

Khamis, 10 Januari 2008

Kecemerlangan menunjukkan hasil [part 2]

berjumpa kembali.. hope ur all happy with our blog progress so far.. :-)

dalam kesibukan dengan urusan projek bagi pihak ML sendiri, tapi aku tidak pernah untuk melupakan akan operasi serta kedudukan semasa eCraft IT. Perkembangan semasa eCraft dalam dunia perniagaan senantiasa dinantikan oleh partners kami yang lain. Disebabkan partners eCraft masih lg dalam urusan study mereka, ML akan cuba untuk mengelakkan dari menyusahkan partner semasa study mereka. Knowledge is important in biz area for eCraft future. Perbincangan antara members eCraft telah dibincangkan serba ringkas dalam meeting yg telah dijalankan pada hari ini (10 Jan 08 - 8.15pm) bertempat di mamak stall pandan jaya, near one of eCraft members house..

intro jea tu, so aku kena la continue again our ML progress in Mobile Device project development.. This is our ML first project need to be deliver in 1 month based on what ML & VT agree.. ML hopes that ML akan berjaya deliver projek tersebut.. Projek Mobile ini masih lagi dalam development proses yang pasti hasil nya akan diperolehi kemudian kelak. ML sememangnya mula menunjukkan kecermelangan dalam mencuba sesuatu persekitaran technology yg baru walaupun sebenarnya technology mobile telah lama berada di pasaran dunia but not in our country. So ML hope to be best ever service provider in Mobile Platform Technology in Malaysia. ML see that the future of Mobile Platform Technology are rapidly grow in Malaysia. Opportunity are there for us.

-----------
come back soon with more story about ML
-----------

Kecemerlangan menunjukkan hasil

Perjuangan ML dlm merealisasikan misi yg mne kami berdiskusi bersama mula menampakkan hasil bg pihak ML. Sessi brainstorming antara aku & farid penting dlm memotivasikan diri kami berdua, mencapai kata putus berkaitan masa depan ML & eCraft IT(under MITEC program), new big idea/invention/innovation (yg ni kalu succeed it will explode in our market & world market -- right now can't make it coz ini akan melibatkan satu perancangan yg pasti dalam ketelitian , kewangan dan kepakaran semasa) sorry can't tell lebih detail about this one ... hee :-) & bermacam lagi dibincangkan antara kami berdua.

Tanpa disangka ML telah diberi satu tugasan yg mne aku melihat setelah sekian lama bersama (lama sgt ke kita ngan VT farid, bunyi mcm lame jea... heee) VT telah memberi satu tugasan dlm pembangunan Mobile Device Application for their client TEKUN NASIONAL, tp seingat aku la farid kalu tak silap CS yg approach VT boleh buat x Mobile Device Application 2nd Phase TEKUN coz CSC pernah tgk yg ktorg develop Final Year Projek UPM under Mobile Device platform. So VT dengan confidence terus kata Yes, & then terus offer to us utk develop Mobile Device Application Tekun. Aku & Farid setuju ngan tawaran yg ditawarkan oleh VT tp atas alasan tertentu ML tidak dapat memulakan development projek berikut secepat yg mungkin. Ini kerana that time aku de course Microsoft Certified Application Developer MCAD (aku tgh tgu cert dr Microsoft.. :-) , pass d exam) & Farid pluk take course Cisco Certified Network Associate CCNA selama 1 month start mse bulan Nov 07 yg lalu.

Selesai jea course, kami tanpa berlengah trus memulakan kembali projek yg terpaksa ditangguhkan atas faktor study... hee.. ML berbincang dengan VT semula dan akhirnya ML diberi masa selama 1 month untuk siapkan development projek tersebut.. Kami bermula pada awal tahun baru n tahun 2008 ... lupe nk wish semua Happy New Year 08 dan Salam Ma'al Hijrah 1429, wish all best of luck... :-) .
-------------
bersambung
-------------

Healthy Week for Business

"It is an exciting week!" That are words I can describe about our business progress this week.
Member aku kata, "bukak company tu senang, tp nk cerita kan ape kita buat tu xsemua orang leh bgtau". Sbbnya? Kerana hanya company yg ada business je leh boleh ceritakan apa dia buat. So apa yg aku nk katakan tentang minggu ni, "It is an exciting week".

Sejak aku n syam getting serius n focus dgn Maya Lestari few weeks ago, aku rasa ini la minggu yg memberikan kami semangat utk terus berusaha dan membangunkan ML. So what happen this week?

  • In terms of capital, no progress yet sbb projek pun br nk mula. so of course ar duit xmasuk lagi.
  • In terms of opportunity, byk progress yg berlaku. Kami tgh siapkan prototype utk mobile system bagi TEKUN fasa 2 dan DBKL fasa 2, and it is a very big opportunity. Kami jugak ada meeting dgn seorang Dr di fakulti ekonomi dan pengurusan, UPM utk business opportunity. So far yg kami nmpak, dia boleh bg byk lg peluang bisnes di masa akan dtg. Selain itu, ada juga bisnes kecil-kecilan lain yg boleh kami pertimbangkan untuk memberi kestabilan kpd ML.
  • In terms of network, kami mula dpt rasakan ramai org dh start cari ML utk bisnes dan Alhamdulillah itu adalah petanda yg baik walaupun marketing kami masih belum bergerak secara serius. Kebanyakkannya hasil bantuan rakan2.
  • In terms of R&D, aku rasa banyak improvement. ML juga dh cover new technology especially on Mobile technology, which xramai company involve and ada technology Mobile
  • In terms of planning, byk juga perancangan dibuat dan menantikan perlaksanaan. Next 'big idea' yg special juga sedang difikirkan penyelesaiannya. Kalau berjaya Insyaallah 'Boom' tp mgkin tidak boleh dilakukan dlm masa terdekat atas sbb2 ketiadaan teknologi, tenaga dan juga capital.
  • In terms of employment, Insyaallah kami akan amik pekerja. Bukan pekerja tetap, tp project based. Buat masa sekarang, mgkin kami akan ambil kwn2 kami yg baru grad yg masih mencari kerja. Tapi yg penting, kalau ada mana2 project kecil yg start, kami akan trus bertindak utk hire seorang atau dua utk handle projek tersebut supaya tidak mengganggu fokus kami terhadap projek2 besar. Dan sekiranya projek2 besar xcukup tangan, then Insyaallah kami akan hire lagi staff. Itu strategi kami buat masa sekarang
Alhamdulillah, byk progress dan perkembangan walaupun hanya kami berdua yg bekerja buat masa sekarang. Insyaallah kalau ada rezeki dan berjalan seperti dirancang, kami akan teruskan perancangan kami ke peringkat seterusnya.

Rabu, 9 Januari 2008

Entrepreneur, Manager, Technician

Kalau orang tanya pandangan aku tentang diri aku dan kedudukan aku dlm bisnes, aku akui aku lebih kepada 'technical' part (Technician people). Berdasarkan pembacaan aku, dlm bisnes ni ada 3 pihak yg perlu saling bekerjasama dan bekerja iaitu Entrepreneur, Manager, dan Technician. Bagi org2 macam aku, biasanya minda kami terbahagi: 70% technician, 20% manager, dan 10% entrepreneur. Entrepreneur live in future, Technician live in present, and Manager live in the past. Setiap org akan ada pembahagian minda yg menentukan bagaimana mereka berfikir, dan di pihak mana dia berada.

Bagi aku, mengubah percentage minda aku dari technician semata-mata ke entrepreneur dan manager bukanlah satu perkara yg mudah. Aku kena sentiasa beringat dan cuba mengurangkan+menjauhi tugasan technician sbb aku mahu meluangkan masa untuk berfikir sbg Entrepreneur. Penyelesaiannya: aku perlu memberikan tugasan technician kpd org lain yg akan bekerja di bahagian technical bagi memberikan aku lebih masa utk memikirkan strategi dan perancangan syarikat.

Bila kita bukak bisnes, technician, manager dan entrepreneur perlu saling bekerjasama. Kalau seseorang tu bukak bisnes bersendirian, dia sbnrnya melakukan kerja untuk ketiga-tiga pihak ni serentak. Ada masa dia perlu menjadi Entrepreneur utk fikirkan plan, strategi dan masa dpn syarikat. Ada masa perlu menjadi Manager untuk memastikan semua idea dan tugasan yg diberikan Entrepreneur berjalan dan mengikut plan. Dan ada masa dia perlu menjadi technician utk memastikan semua kerja2 dan tugasan-tugasan disiapkan.

Salah satu sbb org2 'technician yg tersedar (macam aku)' selalu gagal dalam perniagaan adalah kerana mereka terlalu melakukan bhgian technical dan tidak memberikan masa utk melakukan tugasan merancang dan menguruskan syarikat. Bagi pemikiran kami, kalau kerja2 technical ni tidak dilakukan atau tidak disiapkan maka tiadalah bisnes. Sebaliknya, bisnes bukanlah semudah itu. Ia memerlukan tugasan ketiga2 pihak dilakukan utk berjaya. Sebab itu dalam organisasi yg berjaya, setiap pekerja di dalamnya akan mempunyai pengkhususan kerja. Ini adalah bagi memastikan tugasan2 entrepreneur*, manager dan technician dilakukan dengan baik bagi memastikan organisasi 'bergerak'.

aku bukanlah pandai sangat utk bagi motivasi atau saranan. apa yg aku bgtau ni adalah berdasarkan pembacaan dan kebenarannya? Wallahualam, aku sendiri masih melaluinya, aku sendiri akan jadi tikus putih untuk situasi ini, dan aku akan bgtau jawapannya nanti, Insyaallah...

*bila organisasi dh besar, biasanya istilah Entrepreneur tidak lagi digunakan sbb Entrepreneur hanya wujud bila mahu membuka perniagaan dan ianya akan lenyap secara perlahan2

Isnin, 7 Januari 2008

Persahabatan



Amalan bantu membantu menjadi satu teras & sikap yg perlu dipraktikkan yg pasti akan membuahkan hasil di kemudian hari bagi Maya Lestari. Persahabatan yg di pupuk sekian lama sejak berada di bangku persekolahan baik bermula di peringkat rendah, menengah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi perlulah dikekalkan selamanya. Bak kata pepatah lama , "Kawan biar seribu, musuh @ lawan jangan ada walaupun satu". Sememangnya persahabatan yang telah lama dipupuk ini pasti mengingatkan kita kembali ke masa dahulu yg penuh dengan suka & duka. :-)

Didalam ruangan biz, antara persahabatan yg wujud ialah:-
  • Rakan kongsi
  • Rakan Sekerja
  • Client
  • dll banyak lagi smpai xingat.. heee..
kepentingan perhabatan ini, bukanlah perkara remeh yg mana dengan perhabatan yang wujud dapat kita saling bantu membantu malah yang hampir pasti akan membuahkan hasil dimana kadang2 projek IT n datang nya dari informasi member2 lame yang mencari Siapa antara Kawan mereka yang boleh membuat projek IT. Dari informasi yang diperolehi ini, mampu menggerakkan company Maya Lestari maju setapak kehadapan.

Sabtu, 5 Januari 2008

Kepentingan Business Network


Pada aku, network dgn kawan2 dan saudara mara sangat penting utk memulakan perniagaan, sbb jarang untuk syarikat yang menyediakan perkhidmatan mendapat 'pure client' yang bkn dari kalangan kenalan rakan2 atau saudara mara. tambahan pula, marketing dari mulut ke mulut lah yang paling berkesan di peringkat awal ini, kerana modal yang sedikit untuk membuat marketing.

Aku sendiri bkn jenis yg reti nak 'menjual diri' or bisnes. tapi sbb hubungan baik dengan kawan2 semasa di universiti dan kepercayaan mereka dengan kualiti kerja kami, banyak memberi peluang perniagaan kpd maya lestari. mungkin tidak lah sebanyak mana yang boleh mereka tolong, tetapi sangat kami hargai lebih2 lagi usia syarikat kami yang masih muda kini. tetapi tidak mustahil, apabila mereka sudah terlibat dengan dunia kerjaya dan berjawatan besar kelak, banyak lagi kerjasama dan peluang yang boleh mereka beri dan kami perolehi.

Semalam, kami berjumpa dengan kawan kami satu universiti dahulu, DN dan AY. Mereka memberi peluang untuk melaksanakan projek dengan seorang pensyarah di UPM yang memiliki perniagaannya sendiri. mungkin kini projeknya tidak lah sebesar mana, tetapi dengan hasil kualiti kerja yang baik kami percaya hubungan perniagaan sebegini boleh membantu kami kelak.

Status terkini:
Kini, kami sedang membina prototype sistem mobile untuk fasa kedua projek DBKL dan TEKUN

Rabu, 2 Januari 2008

Maya Lestari vs eCraft


Maya Lestari dibangunkan untuk melengkapi eCraft, disamping mengambil peluang yang tidak mampu diambil eCraft. Secara logiknya, seperti tidak logik dan tiada keperluan sbb aku dgn Syam juga adalah anggota eCraft.

Tiga perkara eCraft dapat lakukan, dan tidak Maya Lestari
  1. Hubungan akrab dengan MARA dan MDEC
  2. Memiliki capital, hardware dan keperluan asas perniagaan.
  3. Hubungan dengan client sedia ada
Tiga perkara Maya Lestari dapat lakukan, dan tidak eCraft
  1. Partnership dengan company IT lain yang sudah stabil (VT dan CS) - peluang mendapat projek dengan lebih tinggi.
  2. Tempat/Lokasi perniagaan (hasil kerjasama dengan VT dan CS)
  3. Prototype sistem yang sedia ada (hasil kerjasama VT)
Oleh yang demikian, kami perlu meletakan garis perbezaan antara eCraft dan Maya Lestari supaya setiap antara syarikat ini tidak menjadi pesaing kepada sesama sendiri kerana ianya hanya merugikan kedua-dua pihak. Sebaik-baiknya kedua-dua syarikat ini perlu membantu antara satu sama lain supaya kedua-duanya naik.

Setelah berbincang secara mendalam dengan Syam, kami mendapat keputusan dan bersetuju untuk memberikan fokus dan pengkhususan kerja. Ini bererti, misi dan visi kedua-dua syarikat harus diteliti semula. Keputusannya?

eCraft akan melakukan kesemua tugasan dan perkhidmatan yang melibatkan 'online' sepenuhnya. Ini termasuklah pembangunan sistem e-Commerce, e-Marketing, pendaftaran/pengurusan domain & hosting, payment gateway setup dan pembangunan website, tetapi tidak termasuk pembangunan sistem yang melibatkan penggunaan internal sesebuah organisasi (LAN application).

Maya Lestari pula akan menyediakan perkhidmatan yang tidak melibatkan 'online' atau separa 'online'. Antara perkhidmatannya ialah IT Consultation, pembangunan standalone, LAN & mobile application dan software/hardware provider.

Dengan adanya garis perbezaan begini, kini eCraft dan Maya Lestari akan saling melengkapi. Kami juga pasti dengan adanya hubungan yang sihat ini juga pastinya perkhidmatan kedua-dua syarikat bertambah baik sekaligus memastikan hasil kerja dan produk yang lebih berkualiti.